PROMOSI MENARIK PERANCANGAN KEWANGAN ANDA


KEPENTINGAN TAKAFUL SEBAGAI INSTRUMEN SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN


            “Sudahkah Encik menabung?” “Dah, di tabung haji.” “Berapa sebulan Encik  asingkan dari gaji Encik untuk menabung.” “ Adalah sikit sikit.”  Kita mungkin pernah di tanya soalan yang serupa ketika berurusan samaada di Lembaga Tabung Haji, Bank bank atau di tegur oleh oleh Perunding unit amanah atau takaful. Ya tuan puan, tak banyak sedikit pasti ada kita menabung.Kenapa perlu menabung? Adakah menabung menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat kita? Ya, Menabung bukan perkara asing bagi masyarakat kita dan bukan perkara baru cuma kaedah dan amalan sahaja berbeza mengikut keperluan dan ianya berbeza ikut zaman dan cara berekonomi semasa.

            Dulu pertanian dan ternakan merupakan aktiviti-aktiviti ekonomi masyarakat melayu bendang, dusun dan binatang ternakan terutama kerbau dan bagi masyarakat kampong asset- asset tersebut adalah satu bentuk simpanan jangka panjang. Apabila tiba masa wang di perlukan aset tersebut di tukar milik dengan tunai untuk apa-apa urusan terutama  menunaikan haji atau menghantar anak ke universiti, kalau di utara semenanjung amalan ‘menabung’ padi di mana setiap rumah orang melayu dahulu terutama sebelum tahun 70an boleh dikatakan setiap bawah rumah mereka ada mempunyai kepuk padi yg bernilai ribuan ringgit. Bila ada  keperluan mereka akan jualkan seguni padi untuk mendapatkan wang tunai.

 SEDIKIT-SEDIKIT LAMA LAMA JADI BUKIT.

              Adakah amalan menabung merupakan perkara baru bagi kita hari ini ? Menurut Pensyarah di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Joni Tamkin Borhan berkata, kesedaran menabung sudah ada di kalangan masyarakat khususnya orang Islam cuma beberapa usaha perlu dipertingkatkan bagi memastikan konsistensi dapat diteruskan.“Sebelum negara mencapai kemerdekaan, orang Islam tidak mempunyai tempat yang khusus untuk menyimpan dana sehinggalah Prof. Diraja Ungku Aziz memperkenalkan konsep Tabung Haji yang akhirnya ditubuhkan pada 1969 sebagai kemudahan tabungan untuk mengerjakan fardu haji dan institusi pelaburan bagi orang Islam. Kemudian, ia diperluaskan dengan kemunculan Bank Islam, koperasi dan sistem takaful. Insurans juga sebenarnya merupakan satu bentuk tabungan,” kata beliau. ( utusan Malaysia 14/2/2006 )


KENAPA PERLU MENABUNG?

              Bagi setiap individu, tabungan amat penting sebagai langkah menyediakan bekalan kewangan apabila diperlukan kelak. Kehidupan perlu di rancang KEGAGALAN UNTUK MERANCANG BERMAKNA MERANCANG KEGAGALAN. Di sebabkan kehidupan tidak di ketahui ketentuan hadapan dan setiap individu terdedah kepada risiko dan mempunyai tanggungan, tanpa menabung bermakna individu tersebut membiarkan diri dan keluarganya dalam kesusahan.  Jika berlaku musibah, persediaan awal telah dibuat, segala  beban perbelanjaan dapat diringankan dengan adanya bekalan kewangan yang mencukupi.

               Risiko berlaku tanpa di sedari di mana-mana tidak mengenal usia dan jantina . Risiko di sebabkan PENYAKIT  atau KEMALANGAN yang menjurus kepada KEMATIAN, CACAT KEKAL ATAU PENYAKIT KRITIKAL  sudah pasti memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos rawatan. Persoalan utama ialah jika berlaku musibah ialah di mana SUMBER KEWANGAN PERLU DI CARI, jika tiada jalan keluar ADAKAH DENGAN MEMINJAM ATAU MENGADAI HARTA YANG ADA. Perlu diingat yang akan tertekan jika pincang kewangan adalah waris terutama anak-anak yang masih dibawah tanggungan.

               Penting konsep MENABUNG BERPERANCANGAN kerana kehidupan ini ada penghujungnya. Hari bersara lebih lagi memerlukan wang saraan berbanding semasa hayat bekerja walaupun kehidupan hari tua boleh di katakan minima tanggungan tetapi perlu di ingat kos saraan hari tua bukan berkaitan isu nak makan sedap atau hidup selesa tetapi MENANGANI KOS KOS PERUBATAN yang lebih mendadak naik di sebabkan SAKIT TUA DAN UZUR SERTA INFLASI dan perlu ingat juga hutang hutang jangka panjang terutama hutang rumah masih berbaki. Tanpa menabung untuk hari tua akan menjurus kehidupan seseorang itu menjadi orang tua papa kedana, ini yang di khuatiri akan berlaku jika tiada kesedaran menabung.

             Pendidikan merupakan perkara penting hari ini berbanding 30 atau 40 tahun dahulu. Menyedia dana pendidikan adalah satu komitmen jangkapanjang kepada ibu bapa, Jika mereka tidak memulakan tabungan ketika anak mereka berusia 30 HARI bermakna mereka telah mempertaruhkan keadaan menentukan nasib masa depan anak tersebut. Sikap sebegini akan merugikan ibu bapa tersebut. Mereka mengandaikan sebagai ibu bapa takkan berlaku sesuatu yang di luar jangkaan kepada anak mereka. Mereka lupa anak-anak lagi mudah terdedah kepada risiko terutama risiko kemalangan atau penyakit. Sikap suka bertangguh terutama yg melibat dana pendidikan akan memberi impak 3 kali ganda beban kewangan kerana kos pendidikan hari ini tidak akan sama berbanding kos 10 atau 20 tahun lagi. Menabung itu di boleh dikaitkan juga sebagai amalan dan satu ibadah dan dalam Islam menabung sebagai satu  strategi menentang pembaziran dan sikap boros selaras dengan hadis Rasullulah yang bermaksud:

“Allah mengurniakan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang halal, membelanjakan harta dengan bijaksana dan dapat memperuntukkan sebahagian hartanya (sebagai tabungan) pada saat ia (berkemungkinan) fakir (nanti) dan pada saat ia memerlukan.”(Hadis Muttafaq ‘alaih)
           
             Seandainya menabung menjadi satu budaya hidup yang diamalkan dengan penuh disiplin oleh setiap individu, ekonomi negara secara amnya akan berkembang dengan baik. Hal ini akan menyebabkan kegiatan ekonomi lebih mudah dirancang. Lazimnya pembangunan ekonomi memerlukan perlaburan atau modal yang besar. Jika tabungan dalam sesebuah negara tinggi, aliran modal untuk perlaburan akan menjadi lebih mudah. Sungguhpun Malaysia dianggap sebagai antara Negara yang mencatatkan kadar tabungan yang tinggi, iaitu kira-kira 37% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) – berbanding kebanyakan Negara membangun lain, namun ini masih belum mencukupi berbanding modal perlaburan yang diperlukan bagi membiayai pembangunan ekonomi.

            Oleh yang demikian, usaha-usaha perlu dilakukan untuk terus meningkatkan kadar tabungan di dalam negara. Pastinya kita tidak mahu menjadi seperti sesetengah negara membangun lain, akibat kekurangan tabungan dalam negara, terpaksa bergantung kepada bantuan atau pinjaman luar bagi menjana penbangunan ekonomi negara masing-masing. Jelas kekuatan tabungan ibarat vitamin yang boleh meningkatkan daya ketahanan badan bagi menentang angkara penyakit. Justeru amalan menabung juga harus bermula daripada diri sendiri.

            Kepentingan amalan menabung sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini kerana amalan menabung dapat membantu memperkukuhkan kestabilan kewangan dan kesejahteraan ekonomi negara.Olen itu, setiap individu wajar menyedari bahawa setiap sen yang ditabung, walau betapa kecil sekalipun, akan turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara jika langkah menabung dilaksana dengan tekun dan konsisten.

            Amalan menabung perlu bermatlamat dan berperancangan dan amalan menabung bukan hanya untuk golongan yang berada sahaja. Berdasarkan hadis yang telah dinyatakan di atas,
  1. Menabung perlu di jadikan satu sikap positif bagi setiap diri se orang muslim
  2. Menabung dengan bermatlamat dan merancang mengikut tempoh samada jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang.
  3. Menabung mengikut keutamaan dan kemampuan masing-masing. Lebih penting lagi, seseorang itu mesti mempunyai disiplin yang kuat semasa menabung.Selain daripada merancang perbelanjaan secara teratur – dengan mengutamakan terlebih dahulu secara tetap sedikit tabungan.
  4. Mempelbagaikan kaedah tabungan untuk menyesuaikan keperluan kewangan yang berbeza dalam tempoh masa yang berbeza terutama yang bersifat dan bermatlamat jangka panjang.
             Kebanyakan produk tabungan sedia ada seperti akaun simpanan di institusi perbankan ia hanya berkuatkuasa apabila pengguna memasukkan wang ke dalam akaun dan jumlah tabungan yang di perolehi adalah sebanyak mana baki yang tercatat dalam akaun tabungan tersebut. Kaedah menyimpan sebegini tidak kekal lama dan hanya sesuai untuk tujuan simpanan jangka pendek seperti kegunaan pada hujung tahun percutian, membaharui insuran kenderaan dan sebagai simpanan untuk di keluarkan apabila untuk menyediakan dana persekolahan anak. Produk tabungan yang sebegini tidak sesuai untuk memenuhi  keperluan tuntutan  simpanan hari tua atau bekalan untuk kos rawatan ketika sakit. Kalau begitu apakah alternatif yang ada?

            Takaful dua dalam satu iaitu satu pendekatan menabung jangka panjang yang bermatlamat memberi perlindungan meliputi risiko kemalangan dan penyakit. Jika musibah berlaku manfaat kewangan yang ada dapat membantu meredakan tekanan kewangan yg berlaku kepada diri atau waris penyimpan dan sekiranya tiada apa- apa musibah atau bencana berlaku ianya menjadi tabungan simpanan jangka panjang. Di penghujung tempoh matang polisi sejumlah dana terkumpul bersama keuntungan akan di pulangkan kepada pemilik polisi.

            Pendekatan bertakaful dapat memupuk budaya menabung secara terancang dan jelas matlamat halatuju. Jumlah yang ditabung bergantung kepada kemampuan masing masing oleh itu penyimpan tidak akan merasakan ianya sebagai satu bebanan. Pendekatan menabung secara takaful berlandaskan syarak dengan konsep saling membantu ( taawun ) dan tadbir urus kewangan secara Wakalah, mana-mana individu boleh menabung melalui produk takaful dengan menyertai Pelan Takaful Keluarga (PTK) – program kewangan untuk individu menabung secara beransur-ansur dalam jangka panjang mengikut tempoh tertentu atau

            Pelan Takaful Am iaitu kaedah penyediaan dana kecemasan bagi tanggungan kenderaan atau bukan kenderaan termasuk juga skim khairat kematian, skim kelompok kemalangan dan juga Dana takaful Perubatan dan Penghospitalan.
Bagi PTK ia menyediakan pelan penyertaan mengikut tempoh matang tertentu – dari tempoh minima 5 tahun dengan setiap gandaan setiap lima tahun sehingga maksimum 60 tahun. Pilihan tempoh matang ini bergantung kepada matlamat tabungan individu itu sendiri, tetapi setiap penyertaan akan dianggap matang apabila peserta genap 65 tahun. Ini bererti individu yang berumur 55 tahun hanya dapat menyertai PTK selama 10 tahun sahaja.Namun apa yang lebih penting ialah setiap akad perniagaan yang berlandaskan syariah mesti menetapkan dengan jelas tempoh akadnya supaya tidak ada unsur gharar yang boleh menbawa kepada penipuan ,Polisi seumur hidup tidak ditawarkan di bawah pelan produk takaful kerana produk seumpama ini tidak dapat menentukan tempoh matangnya memandangkan tiada seorang pun yang tahu tempoh hayatnya di dunia ini. Polisi sebegini hanya di tawarkan di bawah pelan insuran konvesional.

            Selain faktor tempoh, kemampuan caruman di ambil kira sebagai sumbangan samada di carum secara bulanan, Suku tahunan, Setengah tahun atau Tahunan. Caruman takaful berbeza dengan premium insurans yang merupakan ‘harga’ membeli sesuatu polisi dengan amaunnya ditentukan oleh pihak insurans selaku pihak penjual. Seperti insurans Kadar juga mengambil kira jantina, usia dan kemortalan semakin tua seseorang pemegang polisi, semakin tinggi kadar premium yang perlu dibayarnya.

            Sebagai kaedah tabungan, caruman takaful bergantung kepada komitmen peserta takaful itu sendiri samada mengikut jumlah bajet bulanan beliau atau dengan mengambil kaedah keseluruhan tanggungan di pikul dimana pampasan akan menentukan jumlah caruman bulanan. Segala keperluan perbelanjaan diri dan keluarga perlu diambil kira.Memandangkan terdapat perbelanjaan dan komitmen lain yang ditanggung oleh peserta, sebagai panduan am caruman yang di cadangkan untuk menabung tidak melebih 10% daripada jumlah pendapatan. Sebagai contoh katakan pendapatan Puan Suhaiza Rm 4000, beliau boleh asingkan Rm 400 antara simpanan jangka pendek  RM 200 dan selebih nya di carum untuk melindungi pendapatan yang ada secara bertakaful. Manfaat perlindungan di beri sekira nya berlaku kematian, cacat kekal atau penyakit kritikal. Wang caruman akan dimasukkan dalam Kumpulan Wang Takaful Keluarga dan dilaburkan oleh pengendali takaful sebagai pemegang amanah dan pengurus.Keuntungan pelaburan di kongsi mengikut kontrak al-mudharabah mengikut nisbah yang di persetujui di antara peserta dengan pengendali takaful.Sebagai contoh, nisbah perkongsian keuntungan yang ditetapkan oleh takaful Malaysia untuk PTK adalah 7:3 di antara peserta dan pengendali Begitu juga dengan lain lain pengendali takaful.
           
             Sebagai pelan Takaful manfaat asas dan  manfaat tambahan akan di serahkan jika peserta meninggal dunia atau cacat kekal sebelum tamat tempoh matang pelan. Perolehan kematian yang dipanggil manfaat perlindungan
sememangnya penting bagi memastikan objektif takaful sebagai insurans secara Islam walaupun ianya sama dengan objektif insurans konvesional tetapi dengan akad-akad yang berlandaskan syarie perbezaan yang ketara memberi lebih manfaat terutama apabila melibatkan bagaimana urusan kewangan di tadbir tidak ada mempunyai unsure-unsur penipuan dan penindasan. Berbeza dengan insurans konvesional kaedah  takaful juga mengasingkan antara dua akaun berasingan- Akaun Peserta (AP) dan Akaun Khas Peserta (AKP). Kadar caruman untuk AKP diasaskan mengikut jadual kemortalan, secara purata kadar yang dikenakan adalah kecil sahaja dan mengikut undang-undang, mesti diperakui serta disahkan oleh pegawai aktuari yang bertauliah. Dari segi akad, kadar caruman untuk AKP dibuat oleh peserta atas prinsip tabarru’ yang bermaksud menderma. Sehubungan dengan itu, manfaat perlindungan yang dibayar atas kematian peserta akan diambil daripada AKP berdasarkan derma semua peserta. Atas hakikat ini, tidak timbul lagi unsur maisir atau amalan seperti berjudi apabila perolehan manfaat perlindungan yang dibayar itu lebih besar daripada wang caruman peserta.

            Baki wang caruman setelah ditolak kadar tabarru’untuk AKP itu kemudiannya akan dimasukkan ke dalam AP yang menjadi hak peserta sepenuhnya sebagai modal al-mudharabah. Bahagian keuntungan pelaburan AP daripada perkongsian keuntungan al-mudharabah akan dikreditkan kembali ke dalam AP menyebabkan tabungan peserta akan bertambah secara beransur-ansur. Dengan wang caruman yang dibayar oleh peserta mengikut tempoh yang dipilihnya dan perolehan bahagian keuntungan pelaburan, tabungan yang terkumpul dalam AP akan terus meningkat dari masa ke semasa sepanjang tempoh penyertaan.

            Apabila genap tempoh matang penyertaan, semua wang yang terkumpul dalam AP akan dibayar kepada peserta sebagai perolehan tabungan. Jumlah yang bakal diperolehi bergantung kepada amaun wang caruman yang dibayar dan keuntungan wang caruman yang dihasilkan. Keuntungan diberi berdasar suasana pelaburan, keuntungan adalah berbeza-beza pulangan antara tahun ke tahun. Umumnya pengurusan syarikat takaful akan melabur ke dalam pasaran yang tidak berisiko tinggi dan juga mengawal melalui kaedah pengurusan risiko yang berpilih-pilih untuk tidak merugikan simpanan dari AP . Kadar keuntungan antara satu syarikat takaful dengan yang lain tidak lah terlalu berbeza. Berpandukan pengalaman prestasi Takaful Malaysia sebagai contoh, kadar purata keuntungan AP yang menjadi hak peserta melebihi 7% setahun. Namun sejak krisis ekonomi melanda Asia,kadar ini telah jatuh sehingga serendah 2% setahun.

            Selain daripada itu, apabila pelan takaful matang, AKP juga boleh memberikan sejumlah peratus pulangan tertentu kepada peserta. Setiap tahun, AKP akan melalui penilaian wajib mengikut undang-undang. Seorang pegawai aktuari bertauliah akan berpandukan prinsip aktuari, akan menentukan sama ada aset AKP mencukupi untuk memenuhi liabilitinya, iaitu jangkauan kematian peserta dalam satu-satu tahun berdasarkan jadual kemortalan yang diguna pakai. Jika kadar kematian sebenar didapati kurang daripada yang dijangka dan ditambah pula dengan perolehan pulangan pelaburan hasil perkongsian keuntungan al-mudharabah, maka penilaian AKP di anggap mempunyai lebihan.

            Bagi system takaful, lebihan atas perhitungan kurangnya peserta meninggal dunia berbanding jangkaan yang dirizab tidak boleh dikongsi oleh pengendali;sebaliknya lebihan tersebut menjadi hak peserta keseluruhannya.Lebihan inilah yang akan diagihkan kepada peserta yang genap tempoh matang penyertaan pelan takafulnya.Sebagai kesimpulan,apabila PTK sudah genap tempoh matang, pesertanya akan memperolehi manfaat al-mudharabah apabila AP dan juga lebihan penilaian aktuari daripada AKP.


TAKAFUL SEBAGAI KAEDAH MEMBELA DAN MENJAMIN MASA DEPAN WARIS..

            “sesungguhnya lebih baik kamu tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, daripada kamu tinggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta kepada orang ramai.”
                                                                                    (riwayat Bukhari)

            Hadis riwayat Bukhari daripada Saad bin Abi Waqas dapat dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan manusia khususnya berkaitan dengan soal perancangan kewangan. Secara tidak langsung menjadi bukti bahawa Islam amat menggalakkan umatnya mencari kekayaan sebanyak mungkin selagi puncanya tidak bercanggah dengan peraturan syarak. Sekali gus hadis ini membatal pandangan pandangan naïf bahawa ajaran Islam  hanya menitik beratkan akhirat semata-mata. Memiliki kekayaan bukan bermakna bersenang lenang tanpa batasan tetapi untuk memastikan nasib ahli waris terus terbela sekiranya ketua keluarga yang menyara hidup mereka yang sudah tiada lagi.
Sekiranya ahli waris di tinggalkan tiadalah mereka terpaksa meminta dengan orang ramai apabila ketua keluarga meninggal dunia dan meninggalkan sejumlah wang dan harta untuk meneruskan kehidupan. Tidaklah seperti apa yang berlaku hari ini seperti dalam paparan media cetak dan elektronik ada kalangan individu yang meninggalkan waris mereka dalam kesempitan hingga terpaksa meminta minta di dada akhbar dan dalam media tv. Lebih malang lagi apabila kebanyakan mereka terdiri daripada masyarakat Melayu beragama Islam. Mereka seolah-olah tidak membuat sebarang persediaan untuk menghadapi saat-saat susah sedemikian, sedangkan Islam menuntut mereka melakukan yang sebaliknya. Fenomena ini diburukkan lagi apabila  kebanyakan orang melayu hanya memulakan langkah menabung apabila sudah berlaku sesuatu musibah bermula dah agak lewat. Ramai yang memulakan lewat terutama simpanan takaful untuk anak mereka.

            Pepatah ‘malang tidak berbau dan guruh tidak berbunyi’ sewajarnya membangkitkan kesedaran bahawa dalam kehidupan seharian bahawa seseorag itu mungkin terdedah dengan pelbagai kemungkinan.Tidak kira sama ada seseorang itu berada dirumah atau berada diluar semasa bekerja. Kejadian-kejadian yang tidak diundang itu semestinya memerlukan belanja yang besar untuk menampung kos rawatan mangsa tetapi juga untuk bekalan belanja ahli waris yang ditinggalkan. Segala kejadian tersebut bukan rekaan sebaliknya menggambarkan realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.

            Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mencatatkan kadar kecelakaan jalan raya yang paling tinggi di dunia. Setiap tahun lebih daripada 200,000 kemalangan kenderaan berlaku mengakibatkan bukan sahaja kerugian harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Ramai juga menderita akibat kecederaan dan hilang upaya kekal akibat kemalangan. Penderitaan yang dialami kesan daripada kemalangan bukan sahaja ditanggung oleh mangsa dan ahli warisnya, malahan beban kewangan dan perkhidmatan turut dipikul oleh negara. Khidmat kesihatan perlu disediakan oleh kerajaan bagi merawat pesakit yang cedera. Negara pula akan kehilangan sumber tenaga manusia yang amat penting bagi pembangunan masa depan berikutan kematian mangsa.

            Memandangkan musibah boleh menimpa pada bila-bila masa, soal perancangan kewangan perlu dititikberatkan. Meskipun masyarakat secara umumnya tidak menolak perancangan kewangan sebagai suatu keperluan, namun masih ramai lagi yang tidak melaksanakannya secara terancang. Dengan peningkatan tahap pendidikan,kaedah merancang kewangan tidak sewajarnya dipandang remeh.

            Bagi pekerja yang makan gaji, perancangan kewangan mereka dianggap sudah dilaksanakan dengan kewujudan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sememangnya wajib disisi undang-undang. Bagi mereka,sedikit sebanyak persiapan hari tua sudah terjamin. Sementara yang berkhidmat di sector awam pula turut mempunyai pandangan yang sama kerana sebagai kerajaan mereka diberikan pencen setelah besara kelak. Selain itu, mereka juga mungkin mempunyai simpanan secara sukarela di bank, simpanan dalam bentuk saham amanah atau simpanan Tabung Haji sebagai persiapan untuk mengerjakan haji.

            Tidak dinafikan bahawa kaedah yang digunakan dalam melaksanakan perancangan kewangan adalah amat baik dan berguna. Sekurang-kurangnya semua usaha tersebut selaras dengan kehendak Islam yang menghendaki kita berikhtiar selain berserah kepada Allah yang Maha Kuasa. Bagaimanapun sebagai manusia, kita perlu menerima hakikat bahawa kematian, kecederaan atau kecacatan akibat musibah boleh berlaku tanpa mengira masa.Umpama air yang pasang surut, manusia turut mengalami masa senang dan masa susah. Oleh itu pesiapan secara ikhtiar menghadapi masa susah inilah yang perlu diambil perhatian. Malahan Islam sendiri menuntut umatnya berusaha mencari harta kekayaan bukan sahaja untuk kesenangan diri dan keluarga malah sebagai bekalan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.

            Usaha merancang kewangan sebagai persiapan menyediakan bekalan kepada waris ini boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Pada masa kini, bermacam-macam kemudahan boleh digunakan untuk mengumpul dana secara beransur-ansur sebagai satu jangka masa tertentu sebagai persediaan sekiranya ditimpa musibah. Antara kaedah yang paling berkesan adalah melalui khidmat tabungan dan perlindungan yang disediakan pleh pelbagai institusi kewangan sama ada perbankan atau insurans. Bagi masyarakat Islam, seharusnya mereka memilih sektor perbankan Islam yang menawarkan produk berlandaskan syariah, tambahan pula khidmat dan produk insurans di bawah prinsip takaful adalah setanding dan boleh menyaingi sebarang polisi insurans konvensional.Walau apapun kaedah yang digunakan, langkah menabung hendaklah dilaksanakan secara sistematik dan berdisiplin bagi memastikan dana yang diperlukan berjaya dikumpulkan.
              Bagaimanapun,sekiranya seseorang itu ditimpa musibah berhasrat untuk memperolehi sejumlah wang yang agak besar secara sekaligus sebagai pampasan, dia boleh memilih produk yang ditawarkan oleh pengendali takaful iaitu Skim Takaful Kemalangan Diri (STKD). Di bawah produk tersebut, manfaat akan dibayar secara sekali gus mengikut jumlah perlindungan yang disertai oleh peserta apabila dia meninggal dunia akibat kemalangan, tidak kira di Malaysia atau di seberang laut. Manfaat ini akan dibayar kepada ahli warisnya dan perolehan secara sekali gus ini dapat membantu meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh mereka.

            Selain itu, STKD juga menyediakan manfaat yang dibayar secara terus kepada peserta sendiri apabila mengalami kecacatan anggota atau hilang upaya tubuh badan akibat ditimpa kemalangan. Misalnya apabila peserta putus kedua-dua belah tangan , hilang kedua-dua belah kaki, buta kedua-dua mata atau lumpuh seluruh anggota badan disebabkan oleh kecelakaan jalan raya, sejumlah manfaat akan dibayar. Amaun yang dibayar adalah mengikut peratusan jumlah perlindungan yang disertai oleh peserta sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak.

Pelbagai pelan pelan Takaful di sediakan sebagai kaedah merancang penabungan antara yang paling popular adalah :
  1. Pelan perlindungan Takaful dan Simpanan.
  2. Pelan perlindungan takaful Pendidikan
  3. Pelan perlindungan Takaful khusus untuk wanita
  4. Pelan perlindungan Takaful Warga Emas
  5. Pelan perlindungan berkaitan Pelaburan
  6. Pelan Perlindungan Takaful untuk pembeli rumah
  7. Pelan takaful Key man
  8. Dan sebagai nya.
          Dengan bertakaful seseorang individu telah merancang kehidupan diri nya dan juga menjaga kepentingan waris waris nya. Dengan bertakaful bermakna beliau tidak membiar waris yang di tinggalkan terpaksa menghitung hari dalam kehidupan yg penuh kepayahan. Takaful ibarat satu talian hayat dan kasih sayang antara keluarga dan itu di tuntut dalam ISLAM.

Kesimpulannya kita perlu merancang kerana ia merupakan sunnah atau jalan para Rasul. Sebagai contoh, kisah nabi Yusuf a.s. memberikan kita pengajaran yang jelas betapa pentingnya perancangan untuk masa depan.
Dalam surah Yusuf, ayat 43-49, ayat ini menceritakan tentang pertanyaan Raja Mesir tentang mimpinya kepada nabi Yusuf. Di mana Raja Mesir telah bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi yang kurus, dan dia juga melihat tujuh tangkai gandum yang hijau berbuah serta tujuh tangkai yang merah mongering tidak berbuah. Nabi Yusuf dalam hal ini menjawab supaya mereka bercucuk tanam tujuh tahun dan dari hasilnya hendaklah disimpan sebahagian. Kemudian sesudah itu datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang telah mereka simpan untuk menghadapi masa sulit tersebut, kecuali sedikit dari apa yang disimpan.

Ayat-ayat ini menjelaskan supaya kita sentiasa bersedia dengan sesuatu perancangan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Melalui perancangan yang baik dan pengurusan yang teratur, sesuatu sumber itu dapat dioptimumkan manfaatnya bagi perancangan masa hadapan.
WALLAHU A’LAM.


RUJUKAN:

Zaharudin bin Abd Rahman
Asas Takaful: IBFIM
Takaful teori dan praktis: MIA, Takaful Nasional Sdn Bhd : Azman Ismail & kamaruzaman Abdullah.
Sijil peperiksaan dalam insuran hayat berkait pelaburan: The Malaysian Insurance Institute
Personal money: The Edge Magazine on managing your finance isu 106 (June 2010)
Mengenal takaful: Dato Mohd Fadzli
Total financial planning (using for financial corner stones to build a complete financial plan for you & your family): Reevany Bustami, Eleesya Nasrudin, Goh Chai Siong, Chin Kim Sim, Sam Leong, Bong Hong Kuang.
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال