VANILA COKLAT
Vanila Coklat, sebuah drama romantik komedi yang menampilkan Izara Aishah sebagai Zara, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5) sebagai Aamir, Iqram Dinzly sebagai Kamal dan Nabila Daly sebagai Liana bakal mengisi slot Lestary menggantikan Cinta Elysa bermula 20 Disember ini. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe, skrip ditulis oleh Panel AMC dan diterbitkan oleh Asia Media Content.
APA CELOP
Drama berjudul Apa Celop yang akan disiarkan tv3 ini merupakan hasil buah tangan terbaru Ahmad Idham yang sememangnya seorang pengarah kreatif dalam menghasilkan sesebuah drama mahupun filem.Drama bersiri 13 episod ini mula ditayangkan di Slot Aksi TV3 pada 20 Februari 2012 setiap hari Isnin jam 9 malam.
ARIANA MIKHAIL
Cerita bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.. Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris
BICARA HATI
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
GEMERSIK KALBU
“Patah tumbuh, hilang berganti”... namun, ungkapan ini seperti tidak bermakna bagi si gadis bernama Raihana yang merasa kecewa dan patah hati setelah kematian mengejut tunang tersayang. Mampukah cinta kembali berputik dengan kehadiran Sufian yang begitu bersunggung-sungguh menjadikan Raihana sebagai permaisuri hatinya?