Ketagihan Permainan Video Boleh Membawa Maut
Sebelum ini kami pernah menceritakan mengenai bahaya mengadap komputer pada kadar melebihi 5 jam sehari. Jadi situasinya tetap sama dengan ketagihan permainan video sebagai contoh XBOX.
Jika mengadap komputer selama 5 jam juga sudah memberi kesan yang agak bahaya pada jangka masa panjang, bagaimana pula jika anak/anda ketagihan dengan permainan video?
Seorang remaja berusia 20 tahun di Britain telah menemui ajal selepas beberapa tahun ketagihan dengan permainan video XBOX. Chris Staniforth meluangkan masa pada kadar purata 12 jam sehari dengan bermain XBOX.
Hasil bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.
Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.
Remaja ini tidak mempunyai sebarang rekod penyakit sebelum ini.
Adalah sangat bahaya jika kita ketagihan dengan permainan video atau komputer ditambah pula tidak aktif bersukan. Jadi untuk mengimbangi masalah ini perlulah selalu bersukan dan amalkan hidup yang sihat.
P/s-Perniagaan ini sungguh MUDAH Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda...Klik Banner dibawah untuk info lanjut
Dari:http://di-sini-bermula.blogspot.com
Tags
22.IKLAN
