KFCH MALAYSIA TUMPU BIDANG HOSPITALITI, PEMAKANAN DAN PERNIAGAAN


PROMOSI MENARIK MENGENAI KEMASUKAN PELAJAR KE KFCH INTERNATIONAL COLLEGE


UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT, SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN 
PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:

NAMA : AMRAN

TEL :  012-379 1871 atau  017-6842 836

Email: azusaresources@gmail.com


Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran 
KFCHic diminta untuk mesej SMS <KFCH, NAMA PENUH, DAN NAMA KURSUS DIPLOMA, ALAMAT EMAIL JIKA
ADA SERTA KURSUS>   yang hendak diambil,kepada 
En AMRAN TEL :  012-379 1871 atau  017-6842 836. Anda juga boleh menghubungi AMRAN, TEL :  012-379 1871 atau  017-6842 836.

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke KFCHic 
bolehlah menghubung AMRAN,  012-379 1871 atau  017-6842 836 atau 
email ke azusaresources@gmail.com untuk perbincangan selanjutnya.




KFCH Malaysia tumpu bidang hospitaliti, pemakanan & perniagaan

 Oleh Sharifah Salwa Syed AkilCetak
KFCH Malaysia tumpu bidang hospitaliti, pemakanan & perniagaanMohamed Khaled (tiga dari kiri) melihat model bangunan KFCH International College Johor Bahru selepas merasmikannya, baru-baru ini.
KCF Holdings Malaysia Berhad membuka lebaran baru dalam sistem pendidikan negara menerusi operasi institusi pengajian tinggi yang memberi tumpuan kepelbagaian bidang pengkhususan antaranya hospitaliti, pemakanan dan pengurusan perniagaan. 

Penubuhan Kolej Antarabangsa KFCH itu pastinya memberi peluang lepasan sekolah mengikuti program profesional sebelum memasuki dunia pekerjaan yang semakin berdaya saing. 

Sehubungan itu, kolej akan beroperasi di tapak seluas 4.4 hektar di Bandar Datuk Onn, Johor Bahru itu dijangka memulakan sesi pengajian pada 2015. 


Pemilihan lokasi sesuai kerana kawasan itu akan dibangunkan dengan projek pembangunan bercampur iaitu kediaman dan komersial dengan nilai pembangunan berjumlah RM3.5 bilion di kawasan strategik Iskandar Malaysia. 

Apabila beroperasi sepenuhnya, kolej milik Kumpulan JCorp itu mampu menampung pengambilan 12,000 pelajar setahun. 

Program pengajian yang ditawarkan termasuk Diploma Hospitaliti, Perkhidmatan Pemakanan dan Sains Makanan. Ia memberi tumpuan kepada pengurusan restoran, seni kulinari, pengurusan hotel, pengurusan pelancongan, pengurusan acara, pendidikan halal dan pentadbiran perniagaan. 

Majlis perasmian kolej disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Johor Bahru, baru-baru ini. 
Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Kamaruzzaman Abu Kassim, Pengerusi Kolej Antarabangsa KFCH, Ahamad Mohamad. 

Kamaruzzaman berkata, penubuhan kolej bertujuan menyediakan tenaga pakar bagi memenuhi keperluan perniagaannya terutama menguruskan operasi rangkaian restoran makanan segera seperti KFC, Pizza Hut dan Ayam Mas. 

Katanya, KFCH mengambil alih Kolej Antarabangsa Paramount di Puchong, Selangor pada Januari 2010 dan menamakannya Kolej Antarabangsa KFCH. 

“Pengambilalihan itu bertujuan membangunkan kolej menjadi institusi pengajian terunggul di Asia dan sekali gus menjadikan negara hub pendidikan tinggi serantau. 

“Kami melabur kira-kira RM25 juta bagi melengkap dan menaik taraf kampus sedia ada di Puchong serta membangunkan fasa pertama kampus di Johor Bharu. 

“Setakat ini kampus di Puchong sudah dinaik taraf dan prasarana baru disediakan bagi menambah kapasiti pengambilan kini pada kapasiti 800 pelajar setahun,” katanya. 

Program lain turut ditawarkan kata Kamaruzzaman, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Teknologi Maklumat serta Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. 

Beliau berkata, KFCH memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan FELDA dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) sebagai kerjasama antara institusi kerajaan, swasta dan organisasi lagi bagi meningkatkan pengambilan pelajar ke kolej itu.
Sumber:  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KFCHMalaysiatumpubidanghospitaliti_pemakanan_perniagaan/Article
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال