Menarik Mengenai Kolej KFCH di Bandar Dato’ Onn


PROMOSI MENARIK MENGENAI KEMASUKAN PELAJAR KE KFCH INTERNATIONAL COLLEGE DIBUKA SEKARANG.


UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT, SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN 
PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:

NAMA : AMRAN

TEL :  012-379 1871 atau  017-6842 836

Email: azusaresources@gmail.com


Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran 
KFCHic diminta untuk mesej SMS <KFCH, NAMA PENUH, DAN NAMA KURSUS DIPLOMA, ALAMAT EMAIL JIKA
ADA SERTA KURSUS>   yang hendak diambil,kepada 
En AMRAN TEL :  012-379 1871 atau  017-6842 836. Anda juga boleh menghubungi AMRAN, TEL :  012-379 1871 atau  017-6842 836.


Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke KFCHic 
bolehlah menghubung AMRAN,  012-379 1871 atau  017-6842 836 atau 
email ke azusaresources@gmail.com untuk perbincangan selanjutnya.



Kolej KFCH di Bandar Dato’ Onn



JOHOR BAHRU 14 Jun – Selepas mengambil alih Paramount International College di Puchong, Selangor dengan nilai pelaburan RM25 juta, KFC Holdings (M) Bhd. mengorak langkah setapak lagi dengan menubuhkan cawangan kolej berkenaan di sini.
Pengerusinya, Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, kolej tersebut terletak di Bandar Dato’ Onn dibina dengan kos RM3.5 bilion di atas tanah seluas 2.4 hektar yang melalui tiga fasa dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 2015.

“Kami merancang untuk membangunkan kolej tersebut menjadi sebuah institusi pengajian swasta terkemuka di Asia yang khusus dalam perkhidmatan hospitaliti dan makanan.
“Kami berusaha dengan penuh dedikasi untuk menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar daripada pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang. Kami ingin memupuk pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh mereka,” katanya selepas merasmikan pembukaan Kolej Antarabangsa KFCH di sini, baru-baru ini.

Bangunan yang dibina di tengah bandar raya ini dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang.

Kursus yang ditawarkan memberikan tumpuan pada bidang pengurusan hotel dan restoran, hospitaliti, seni masakan, sains makanan, pengurusan acara, pengendalian makanan, kajian pengurusan halal dan pentadbiran perniagaan.
Kamaruzzaman berkata, kolej berkenaan mampu menampung seramai 12,000 penuntut pelbagai jurusan setahun.

Sementara itu, Khaled dalam ucapannya menyifatkan pembukaan Kolej Antarabangsa KFCH itu selaras dengan kehendak kerajaan untuk melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama.

Beliau berkata, lokasi kolej yang berada di tengah-tengah wilayah Iskandar Malaysia itu dilihat selari dengan persekitaran kemajuan yang diusahakan di kawasan berkenaan.
“Modal insan merupakan kekuatan kepada negara kerana golongan inilah yang akan membantu negara dalam pembangunan dan kemajuan,” katanya.
Sumber:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm#ixzz2RTS3sKj6
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال