Program Ihya’ Ramadhan Di SBP Integrasi Gombak

Program Ihya’ Ramadhan Di SBP Integrasi Gombak

Pada kali ini, Al-Madinah International University (MEDIU) telah meneruskan Program Ihya’
 Ramadhan 1434 Hijrah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. Antara rrogram 
Ihya’ Ramadhan yang telah diadakan di sekolah adalah seperti majlis berbuka puasa, solat 
 Isya’, Tarawih dan witir secara berjamaah yang telah diimamkan oleh Dr. Mahdi Abdul 
Aziz, Dekan Fakulti Pengajian Islam, MEDIU. Lebih 800 orang pelajar, guru dan kakitangan 
sekolah  serta penduduk setempat telah turut serta hadir bagi menjayakan program yang 
telah diadakan di surau  SBP Intergrasi Gombak ini. Turut bersama ialah Penolong Kanan,
 guru pendidikan Islam  dan guru Kaunseling SBP Intergrasi Gombak.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak adalah di bawah Kementerian 
Pendidikan Malaysia yang menggabungkan  aliran Sains dan Agama iaitu Sains Tulen, Sains
 Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sekolah ini juga telah  menempatkan murid-murid yang
 terpilih dari seluruh Negara.

Pada awalnya Dr Mahdi dan rombongan daripada Jabatan Perhubungan Awam MEDIU telah
 diraikan dengan majlis berbuka puasa di surau Kuarters Institusi Pendidikan, Jabatan 
Pendidikan Malaysia bersama lebih 100 orang penghuni serta mengimamkan solat maghrib
.
Program Ihya’ Ramadhan MEDIU adalah anjuran Jabatan Perhubungan Awam MEDIU 
bersama masyarakat tempatan bagi menghidupkan bulan Ramadhan dan Sunnah 
Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Menurut Tuan Haji Mohd Rezazali bin Ahmad Ansar, Penolong Kanan SBP Intergrasi 
Gombak, program ini adalah paling istimewa kerana memberikan satu kelainan kepada 
warga di sini  dalam usaha mengejar penarafan tertinggi dan ganjaran daripada Allah 
S.W.T  disepanjang  menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan. “Program ini 
adalah sesuatu yang cukup bermakna kepada kami dan menambahkan semangat untuk 
melaksanakan ibadah kepada Allah. Kami amat mengharapkan agar program seperti ini 
dapat diteruskan”, ujar Penolong Kanan SBP Intergrasi Gombak .

PROMOSI KEMASUKAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI KE AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) DI KAMPUS SHAH ALAM SELANGOR MALAYSIA


Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran dan bagi memudahkan urusan pinjaman pendidikan sila hubungi EN AMRAN TEL : 012-379 1871.

Belajar dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, "Master" dan "PhD" secara sepenuh masa atau separuh masa/Pengajian Jarak Jauh di AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY  (MEDIU)
diminta untuk mesej SMS NAMA PENUH, DAN ALAMAT EMAIL SERTA NAMA KURSUS yang hendak diambil kepada EN AMRAN TEL : 012-379 1871                                       
Anda juga boleh menghubungEN AMRAN, TEL : 012-379 1871

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY  (MEDIU) bolehlah menghubungi EN AMRAN, 012-379 1871 atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya.

SENARAI PROGRAM MENARIK DI  AL MADINAH  INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU) 
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال