Apakah Masa Depan Kerjaya Farmasi?

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU DI MAHSA UNIVERSITY TELAH DIBUKA SEKARANG UNTUK DIPLOMA FARMASI DAN LAIN-LAIN DIPLOMA.


Apakah Masa Depan Kerjaya Farmasi?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak luangkan sedikit masa untuk menjawab 2 lagi soalan yang telah dihantar 

oleh pembaca Nizam Malek Blog berkaitan masa depan kerjaya Farmasi 

di Malaysia.


Soalan pertama telah dihantar pada 22 Mac 2013, pukul 5.08pm dan berbunyi seperti ini;

1) "Salam En Nizam, nak tanya, saya merupakan lepasan SPM, kalau saya ambil 
kursus Diploma in Pharmacy, apa hala tuju saya selepas itu?"


Jawapan: Salam kepada anda yang bertanya, berkenaan dengan Diploma in 
Pharmacy (DIP), kebiasaannya anda akan belajar selama 3 tahun dan selepas 
tamat belajar, kelulusan yang anda dapat membolehkan anda untuk bekerja di sektor 
awam sebagai Penolong Pegawai Farmasi (PPF) bermula dengan gred U29.

Di hospital, secara asasnya PPF bertugas sebagai pembantu kepada Pegawai Farmasi 
untuk tugas pre-packing, stock recording, cytotoxic drugs reconstitution, total parenteral 
nutrition dan bermacam-macam lagi yang membolehkan proses kerja di Jabatan Farmasi 
menjadi lebih teratur dan efisyen.

Walaubagaimanapun, tugas PPF terhad berbanding Pegawai Farmasi untuk sesuatu 
tugas. Contohnya, PPF tidak terlibat dengan proses mengeluarkan ubat-ubat psikotropik 
(Dangerous Drugs), pembelian ubat bagi kegunaan hospital, patient counselling dan 
kebanyakan masanya, tugas untuk mendispens ubat kini lebih banyak diserahkan kepada 
Pegawai Farmasi Provisional U41.

Selain bekerja di hospital, terdapat juga PPF yang bekerja di Bahagian Penguatkuasa 
Farmasi dan tugasnya juga adalah untuk membantu Pegawai Penguatkuasa Farmasi 
mengikut unit-unit tertentu.

Berkenaan dengan gred pula, kenaikan jawatan adalah berdasarkan senioriti dan bukanlah 
mengikut masa (time-based) seperti yang berlaku dalam jawatan Pegawai Farmasi.

Namun, kerjaya sebagai PPF tidak terhenti di situ. Anda boleh menyambung pelajaran 
ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang diambil dalam tempoh 4 tahun. Kelulusan 
tersebut membolehkan anda naik ke taraf Pegawai Farmasi.

Memang masa yang diambil adalah lebih panjang, namun ia tetap adalah satu opsyen yang 
baik.

Pada pendapat saya, ketepuan jumlah ahli Farmasi di Malaysia bergantung kepada 
beberapa faktor besar seperti faktor politik semasa dan kekosongan jawatan. Bidang Farmasi 
adalah satu bidang yang amat penting dan perkhidmatan Farmasi menjadi tulang 
belakang kepada kesihatan manusia. Perkhidmatan Farmasi tidak boleh tepu kerana 
permintaan terhadapnya sentiasa tinggi dan bertambah setiap tahun.

Malah, kerjaya Farmasi menawarkan pelbagai cabang yang tidak kurang menarik selain 
perkhidmatan di hospital kerajaan. 

Pada masa ini juga, kebanyakan hospital swasta di Malaysia sekadar mempunyai 1 atau 
2 orang Pegawai Farmasi yang mengurus semua urusan berkaitan Jabatan Farmasi. 
Kekosongan besar ini mungkin menjadi satu peluang buat Pegawai Farmasi untuk 
berkhidmat di hospital swasta. Sudah pasti cabarannya berbeza dengan berkhidmat di 
hospital kerajaan, tapi ia tetap adalah satu pilihan yang baik.



















Selain berkhidmat di hospital, ahli Farmasi juga boleh mencari peluang pekerjaan di 
rangkaian Farmasi retail. Pada masa kini, permintaan terhadap ahli Farmasi berdaftar 
adalah amat tinggi terutamanya daripada e-Cosway.

Walaupun terdapat banyak khabar mengatakan bahawa menceburi dunia rangkaian 
Farmasi retail melalui e-Cosway bukanlah satu langkah yang terbaik, tapi ia tetap adalah 
satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.
Kepada yang tidak meminati Farmasi retail atas alasan-alasan tertentu, mereka boleh 
mencabar diri mereka untuk mencari peluang pekerjaan di sektor industri iaitu di kilang-kilang 
penghasilan ubat-ubatan.

Khabarnya juga, jumlah pendapatan yang diberikan untuk Pegawai Farmasi di sektor 
industri adalah yang tertinggi berbanding di hospital ataupun Farmasi retail. Cuma pastilah,
beban kerja dan ekspektasinya lebih tinggi. Stress juga pasti lebih tinggi.

Secara umumnya, memang benar, tiada jaminan bahawa bidang Farmasi dapat 
memberikan pekerjaan kepada para graduan lepasan Farmasi seperti tahun-tahun sebelum 
ini. Malah polisi dalam bidang Farmasi juga dilihat bertukar-tukar dengan amat drastik dari 
semasa ke semasa.










Namun, sekali lagi pada pendapat saya, bidang Farmasi masih lagi adalah satu pilihan 
kerjaya yang amat baik untuk diceburi. Jika alasan jumlah Pegawai Farmasi di sektor 
awam telahpun mencapai tahap ketepuan, graduan lepasan Farmasi masih boleh 
mendapatkan peluang pekerjaan di sektor swasta yang masih lagi dikira berpermintaan tinggi. 

Apa yang penting bagi anda yang sedang mengikuti kursus Farmasi atau bercadang 
untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi adalah, anda perlu mempersiapkan 
diri anda dengan kemahiran soft-skill/modal-insan yang terkini untuk membolehkan anda 
bersaing mendapatkan pekerjaan.

Secara peribadi, saya masih lagi berpendapat bidang Farmasi adalah satu pilihan yang 
baik dan bidang Farmasi memerlukan lebih ramai ahli Farmasi berkualiti yang dapat 
mengembangkan perkhidmatan Farmasi di Malaysia untuk sepanjang masa.
Cuma jika benar suatu hari nanti kursus Farmasi di Malaysia tidak lagi dianggap satu kursus 
kritikal, pilihan seterusnya yang terbaik adalah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang 
doktor pergigian.

Jika anda ada ruang untuk mendapatkan lebih info berkenaannya, anda akan dapat 
melihat perbandingan terhadap kedua-dua bidang kerjaya ini.

Semoga perkongsian kali ini memberi gambaran terhadap pandangan berkenaan masa 
depan kerjaya Farmasi di Malaysia kepada anda.

Sebarang soalan/komen adalah amat-amat dialukan.

Source: http://www.nizammalek.com/2013/04/qualaroo-apakah-masa-depan-kerjaya.html

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال