KFCHi COLLEGE MENAWARKAN DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



PROMOSI MENARIK MENGENAI KEMASUKAN PELAJAR KE KFCH INTERNATIONAL COLLEGE DALAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT, SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN 
PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:

NAMA : AMRAN

TEL :  012-379 1871 atau  019-3654 637

Email: azusaresources@gmail.com


Sesiapa yang Berminat untuk mendapat surat tawaran 
KFCHic diminta untuk mesej SMS <KFCH, NAMA PENUH, DAN NAMA KURSUS DIPLOMA, ALAMAT EMAIL JIKA
ADA SERTA KURSUS>   yang hendak diambil,kepada 
En AMRAN TEL :  012-379 1871 atau  019-3654 637. Anda juga boleh menghubungi AMRAN, TEL :  012-379 1871 atau  019-3654 637.

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke KFCHic 
bolehlah menghubung AMRAN,  012-379 1871 atau  019-3654 637 atau 
email ke azusaresources@gmail.com untuk perbincangan selanjutnya.


Kesan Daripada Pendidikan Awal Kanak-kanak

POSTED ON MARCH 18, 2013 · POSTED IN TEKNIK MEMBELAJAR EFEKTIF
Tempoh awal perkembangan kanak-kanak biasanya bermula dari usia lapan tahun. Pendidikan yang disampaikan pada usia ini memainkan peranan yang sangat penting dimana ianya dapat membantu perkembangan seorang kanak-kanak. Melalui pendidikan awal kanak-kanak kita boleh mentafsirkannya sebagai pembelajaran melalui proses permainan. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pada usia lapan tahun perkembangan otak seorang kanak-kanak berkembang dengan pantas serta mampu belajar dengan cepat. Pengambilan makanan yang seimbang juga membantu kepada pertumbuhan dan perkembangan seorang kanak-kanak. Oleh itu pendidikan awal ini sememangnya membantu kepada pertumbuhan dan perkembangan mental kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa pendidikan yang pelbagai dapat mempengaruhi perkembangan otak seorang kanak-kanak. Oleh itu penbelajaran dan pengalaman melalui pendidikan awal ini dapat menyokong perkembangan seorang kanak-kanak untuk sepanjang hayat.
Kesan Daripada Pendidikan Awal Kanak-kanak
Terdapat beberapa kejayaan yang dapat dilihat melalui pendidikan awal ini dimana ianya membolehkan proses pembelajaran berkembang dengan lebih lama. Hari ini pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Pelaburan dalam pendidikan perlulah dilakukan seawal yang mungkin dan mereka tidak perlu menunggu untuk ke sekolah mengikut usia yang sepatutnya. Hakikatnya adalah pendidikan awal merupakan perkara penting dalam kehidupan kanak-kanak yang membantu kepada perkembangan emosi, sosial dan juga intelektual. Pendidikan awal kanak-kanak ini mampu mengetahui keupayaan petumbuhan mental seorang kanak-kanak dari masa ke semasa dan ianya menjadi satu keperluan bagi pertumbuhan seorang kanak-kanak.
Menjadi satu keperluan untuk semua ibu bapa agar memahami dengan jelas bahawa pada usia lapan tahun lagi seorang kanak-kanak sudah dapat mengenali diri mereka sendiri dan mula untuk bergaul dengan orang di sekeliling mereka. kanak-kanak ini mempunyai pemahaman dan tingkah laku yang sedikit kekurangan dan atas sebab inilah pendidikan awal kepada kanak-kanak perlu diberi penekanan sejak mereka berusia lapan tahun lagi. Kanak –kanak juga perlu didedahkan mengenai kehidupan agar mereka lebih berpengetahuan dalam lingkaran mereka. Menurut pakar kanak-kanak bahawa permainan yang interaktif mempunyai banyak kelebihan yang mana ianya dapat membentuk perkembangan dalam kemahiran sosial dan diplomatik dikalangan kanak-kanak. Akhirnya melalui kursus-kursus yang diperkenalkan ianya dapat membantu seseorang kanak-kanak agar lebih matang serta meningkatkan kesabaran. Permainan ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran kendiri serta membantu pertumbuhan minda. Oleh itu permainan juga merupakan perkara penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Justeru itu perkara utama yang membantu untuk membina kejayaan seorang kanak-kanak adalah melalui pendidikan awal kanak-kanak. Dalam tempoh awal zaman kanak-kanak, membentuk tabiat bukanlah perkara yang mudah dimana mereka ini tidak akan berubah dengan mudah dan sudah menjadi tugas pendidik serta ibu bapa supaya mendidik mereka dengan menekankan nilai-nilai positif dalam pendidikan awal kanak-kanak agar mereka dapat mencapai kejayaan terutamanya dalam bidang pendidikan. Kekurangan dalam mendidik mereka sejak dari zaman kanak-kanak boleh meninggalkan kesan yang negatif dalam membentuk perkembangan mereka. Sesungguhnya tanggungjawab dari tenaga pengajar serta ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak mempunyai personaliti yang baik perlu diasuh sejak dari kecil lagi.
Pendidikan awal kanak-kanak membolehkan mereka didedahkan dengan persekitaran pendidikan yang sistematik, membentuk personaliti diri serta membolehkan mereka bergaul dengan masyarakat luar. Hal ini juga mendorong mereka untuk lebih bersifat belas kasihan, hormat menghormati dan bertimbang rasa. Kesan jangka masa yang panjang merupakan kualiti yang terbaik bagi perkembangan seorang kanak-kanak ianya bukan sahaja membantu kanak-kanak meningkatkan taraf sosial, kognitif dan kemahiran kendiri tetapi juga membantu dalam perkembangan otak serta menguatkan lagi daya imaginasi mereka kearah perkembangan yang positif.

Kejayaan anak-anak kita membaca sebenarnya bergantung juga kepada bahan yang sesuai, kaedah yang tepat, kesungguhan kita dan kesediaan membaca anak-anak pada usia mereka masih kecil.

Kita harus sedar bahawa "Celik huruf bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak" yang harus ditunaikan oleh setiap ibu bapa atau guru.



Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال