Ahli Farmasi Harus Peka Maklumat Ubat, Beri Kaunseling kepada Pesakit

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI KE SEGI UNIVERSITY DALAM IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI (KEPUJIAN) TELAH DIBUKA SEKARANG.

UNTUK DAPATKAN SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:

NAMA : AMRAN
TEL : +6012-3791 871
Email: universityintake@counsellor.com


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan surat tawaran SEGI UNIVERSITYdiminta untuk mesej SMS <SEGI, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN EMAIL, dan NAMA KURSUS> yang hendak diambil, sama ada diploma atau  sarjana muda atau tahun asas kepada AMRAN, TEL : +6012-3791 871 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian.

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke SEGI UNIVERSITY COLLEGE bolehlah menghubungi AMRAN, TEL : +6012-3791 871 atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya.

(Term and conditions apply-bergantung kepada pihak university) 

Ahli Farmasi Harus Peka Maklumat Ubat, Beri Kaunseling kepada Pesakit













TANGGAPAN umum tugas ahli farmasi hanya memberi ubat kepada pesakit sedangkan tanggungjawab Penolong 
Pegawai Farmasi yang ditempatkan di kaunter lebih kompleks.
FARIDAH (dua dari kanan) memberi penerangan prosedur pemberian ubat kepada 
Penolong Pegawai Farmasi PPUKM.

Peranan ahli farmasi lebih tertumpu kepada terapi ubatan iaitu memastikan ubat 
diberikan kepada pesakit dan orang ramai selamat, berkesan dan berkualiti serta memberi
 maklumat seperti kebaikan dan kesan sampingannya.
Mereka bertanggungjawab melindungi pesakit daripada ubat merbahaya, iklan ubat 
memperdayakan dan amalan perubatan yang salah menerusi penguatkuasaan akta dan 
peraturan berkaitan. 

Ahli farmasi juga bertanggungjawab mengenalpasti masalah pengambilan ubat pesakit 
dan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian kepada kesan sampingan dihadapi 
seperti alahan. 

Ketua Jabatan merangkap Pengurus Farmasi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan 
Malaysia (PPUKM), Faridah Md Yusof, berkata antara rutin ahli farmasi adalah memberi 
kaunseling mengenai ubat kepada pesakit dengan menjelaskan cara pengambilan 
ubat yang betul, memaklumkan kesan sampingan mungkin dialami, cara penyimpanan ubat serta makanan perlu dielak apabila mengambil sesetengah ubat. 

Ahli farmasi yang berkhidmat di hospital, katanya, akan turut ditempatkan di wad untuk menjalankan aktiviti farmasi klinikal termasuk memantau pengambilan ubat pesakit seperti menyaring ketepatan dos, ubat 
yang betul dan kekerapan pengambilan ubat yang sewajarnya. 
“Mereka juga akan mendapatkan maklumat sejarah pengambilan ubat pesakit bagi 
memastikan tiada alahan dan memastikan pesakit tidak mencampur adukkan pengambilan 
ubat tradisional dengan ubat hospital kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan. 

“Kini, aktiviti ahli farmasi juga kian berkembang apabila turut memberi perkhidmatan
 ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ iaitu memberi kaunseling kepada pesakit sebelum 
mereka berjumpa pakar atau pegawai perubatan bagi memastikan tahap pematuhan pesakit
 terhadap ubat diambil,” katanya. 

Faridah berkata antara tugas lain dijalankan ahli farmasi di hospital adalah membuat
 pembelian ubat, memastikan pesakit diberikan ubat yang betul serta memastikan proses
 pemberian ubat berjalan lancar iaitu masa menunggu maksimum 20 minit mengikut saranan 
Kementerian Kesihatan. 

Beliau berkata antara cabaran dihadapi ahli farmasi kini adalah melaksanakan 
sepenuhnya Kempen Kenali Ubat Anda iaitu memastikan pesakit mengetahui nama 
ubat serta mengamalkan cara pengambilan betul termasuk dos, masa dan ubat yang betul. 

“Ahli farmasi juga perlu memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran pengguna
 agar hanya mengambil ubat dari sumber boleh dipercayai seperti pegawai perubatan, 
klinik dan farmasi serta menghindari ubat dijual di kaki lima atau kedai runcit,” katanya. 

Katanya, peluang pekerjaan ahli farmasi bukan saja di hospital, malah boleh berkhidmat di
 farmasi komuniti pusat beli belah, pensyarah, pengurus produk di syarikat farmaseutikal, 
pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan serta pegawai penyelidik. 

“Potensi kerjaya sebagai ahli farmasi adalah cerah kerana kerajaan kini dalam usaha 
mengurangkan nisbah penduduk kepada ahli farmasi daripada 1:4,335 kepada 1:2000. 

“Persatuan Farmasi Malaysia juga dalam usaha mendapatkan ‘Dispensing Right’ ahli 
farmasi bagi membolehkan lebih banyak Farmasi Komuniti dibuka sekaligus membuka 
lebih banyak peluang pekerjaan bagi graduan bidang ini,” katanya. 

Kelayakan akademik bagi menjadi ahli farmasi adalah Ijazah Sarjana Muda Farmasi 

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال