PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI KE SEGI UNIVERSITY DALAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN (M.B.B.S) TELAH DIBUKA SEKARANG

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI KE SEGI UNIVERSITY DALAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN (M.B.B.S) TELAH DIBUKA SEKARANG.

UNTUK DAPATKAN SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:

NAMA : AMRAN
TEL : +6012-3791 871
Email: universityintake@counsellor.com


Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan surat tawaran SEGI UNIVERSITYdiminta untuk mesej SMS <SEGI, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN EMAIL, dan NAMA KURSUS> yang hendak diambil, sama ada diploma atau  sarjana muda atau tahun asas kepada AMRAN, TEL : +6012-3791 871 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian.

Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke SEGI UNIVERSITY COLLEGE bolehlah menghubungi AMRAN, TEL : +6012-3791 871 atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya.

(Term and conditions apply-bergantung kepada pihak university) 


Panduan Menjadi Doktor Bidang Perubatan


Doktor mana ni?
Menjadi doktor merupakan idaman ramai pelajar, Mungkin sedikit panduan ini mampu membantu memberikan info berkaitan pengajian bidang perubatan ini . Ramai yang mengakui bukanlah senang untuk diterima masuk ke IPTA bidang ini ia memerlukan kelulusan yang tinggi untuk melayakkan diri diterima sebagai penuntut perubatan. Untuk menjadi seorang doktor seharusnya mempunyai kelayakan minima Ijazah Sarjana muda di mana-mana institusi yang diiktiraf.
Laluan kerjaya secara umum
Secara umum, untuk melayakkan diri diterima sebagai penuntut perubatan ini ialah mempunyai keputusan SPM yang cemerlang terutama dari aliran sains dan mempunyai keputusan subjek-subjek sains seperti kimia, matematik tambahan, biologi, fizik, matematik dan bahasa inggeris. Antara subjek sains itu pula, subjek biologi dan kimia serta bahasa inggeris paling sinonim dan paling ditekankan kecemerlangan termasuk menguasai bukan sahaja teori malahan aplikasinya.
Selepas SPM perlu menyambung keperingkat pra universiti seperti ke matrikulasi ataupun tingkatan enam, bagaimana pula diploma? yang diploma tu saya tak pasti. Kemungkinan dari diploma sains hayat atau diploma kesihatan yang berkaitan boleh turut sama memohon ke perubata ini.
Keputusan peperiksaan dan nilaian gred semasa di matrikulasi, tingkatan 6, diploma mestilah tinggi iaitu sekitar PNGK 3.0-4.0. Tetapi kebanyakan universiti awam dan universiti Malaysia yang terkenal lebih gemar mengambil calon yang mendapat tinggi dari  3.5-3.8 malahan ada yang hanya mengambil yang 3.8-4.0 sahaja.
Tempat pengajian dan nama pengajian
Kebiasaanya kursus ini memerlukan tenaga pengajar yang berpengalaman dan bukan sebarang universiti yang dapat mencari tenaga profesional untuk menjadi tenaga pengajarnya. Oleh itu kebiasaanya universiti yang lama bertapak serta terkenal sahaja yang menyediakan kursus ini, walaubagaimanapun di universiti baru dan biasa ada menawarkan tetapi kebiasaanya ia meminjam tenaga pengajar.
Kebiasaanya pengajian diperingkat ini jika diperingkat ijazah dinamakan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dengan kepujian.
Matlamat kursus
Pengajian adalah lebih mementingkan integrasi berlandaskan organ atau sistem dengan memberi penumpuan kepada penyelesaian masalah.
Tempoh pengajian
Pengajian Ijazah Doktor Perubatan ini kebanyakan mengambil masa selama 5 tahun. Ia dijalankan secara integrasi berasaskan penyelesaian masalah kesihatan pelbagai penyakit pesakit dan berorientasikan komuniti. Ia dijalankan mengikut 3 fasa iaitu fasa 1 ( tahun pertama ), fasa 2 ( tahun kedua dan ketiga ), fasa 3 ( tahun keempat dan kelima ).
Kerjaya
Rasanya tak perlulah nak hurai panjang, nama kursus sendiri memberi gambaran pekerjaan yang bakal ditempuhi. Dari segi kekosongan dan luas pasaran rasanya tiada masalah kerana doktor ini merupakan salah satu bidang pekerjaan yang kritikal. Lebih-lebih lagi bagi yang pandai mengubati penyakit-penyakit kritikal :) .
p/s: Klik LIKE dibawah jika anda berterima kasih dan rasakan penulisan diatas berguna.

  1. h….
    • salam nurul94..bukan rasa2 tp anda masih berpeluang utk ambil kursus perubatan melalui stpm dgn ambil sekurang kurangnya 3 sbjek sains atau melalui ijazah sarjana muda/degre/bachelor dlm bidang dalam bidang sains..untuk pengetahuan anda bidang sastera atau kemanusiaan pun boleh dgn syarat dpt sekurang kurangnya cgpa 3.50..untuk pengtahuan lanjut buka laman web malaysian medical council dan klik pd bhg “minimun entrance reqiurement”..persaingan mmg byk terutama utk dpt tempat di ipta..kalau x dpt pun masuk yg swasta tp masalh kos yg terlalu tinggi pula..namun demi mencapai cita2(kalau teringin sgt nk jd doktor)..soal kos x perlu difikir sgt..boleh buat pinjaman
    • salam nurul 94..takde rasa2..ada peluang lg..awk boleh ambil stpm dgn ambil sekurang kurangnya 3 subjek sains (biologi,kimia,fizik atau matematik) dan dpt gred BBB atau ABC atau AAC dlm 3 subjek trsebut..kalau pakai spm mesti gred B dalam subjek biologi,kimia,fizik dan matematik(atau matematik tambahan)dan B dlm isubjek lg..tp kalau mintak matrikulasi dpt sains hayat mungkn ada peluang lg insyaallah tp kena dpt cgpa 3.0 keatas kalu x silap..alternatif lain melalui ijazah sarjana muda/degree/bachelor dlm bidang sains dan dpt sekurang kurangnya cgpa 3.30..bidang sastera dan kemanusiaan pun boleh (rujuk laman web malaysian medical council dan klik “minimun entrance requirement” utk keterangan lanjut mengenai kelayakan utk ambil kursus perubatan..persaingan mmg byk terutama utk mendpt tmpat di ipta..kalau x dpt ipta..ipts boleh tp kos tinggi..namunn x perlu difikir soal kos demi capai cita2(kalau teringin sgt nk jd doktor)..insyaallah awak boleh:)
  2. salam.saya lepasan spm 2011.saya meminati bidang dietitian.tapi setahu saya bidang ni tak banyak peluang kerja.betul ke?so,bila difikir balik saya ingin cuba bidang pharmacy.peluang kerja pharmacy pula bagaimana?hope boleh beri pandangan.thanks :)
    • salam iera..saya x pasti samada bidang dietetik ada peluang kerjaya atau tidak..memang bagus sangat awak ingin ambil bidang farmasi..peluang kerjaya insyallah ada..kalau x dpt kerja kat hospital pun boleh buka farmasi sendiri dgn syarat mempunyai ijazah sarjana muda farmasi..peluang kerja farmasi jgn difikir sgt..insyaallah mmg ada..mmg bagus sgt amik bidang farmasi..antara bidang paling disegani dlm dunia perubatan selepas bidang perubatan..tp awak mesti ingat kalau nk smbg degree/ijazah sarjana muda/bachelor farmasi, kelayakan diperlukan sangat tinggi..kalau melalui diploma mesti sekurang kurangnya cgpa 3.80..kalu melalui asasi/matrikulasi/stpm kurang sikit 3.00 kalu x silap..mmg bagus sgt kalu amik bidang farmasi ni:)
  3. assalamualaikum..ble bg tips bljr sbjek sains?
    • walaikumussalam anis..apa yg saya boleh bg ialah awak mesti segera mengulangkaji topik yg telah diajar utk memperkukuh pengtahuan.pemahaman dan ingatan..kalau boleh anda perlu memahami sebaiknya apa yg dipelajari..kalau x paham minta penjelasan guru..rajin rajinlah membuat latihan selalu:)
  4. saya nak tanya ape beza sains hayat dengan sains kesihatan bersekutu?
    • salam farahin ayin..ape yg saya tahu sains hayat lebih kpd bidang biologi dan dsb kalu dr konteks matrikulasi subjek sains hayat termasuk biologi ,kimia dan matematik ia sains yg boleh dikatakn umum..sains kesihatan bersekutu ni spesifik sikit..ia merangkumi bidang berkaitan perubatan dan kesihatan..contoh sains farmasi,sains kesihatan, sains paramedik dsb:)
  5. Saya Mengambil Subjek Kimia dan Bio sahaja.. adakah saya layak untuk melanjutkan pengajian ke arah perubatan ?? mohon pendapat .
    • Perlu juga ada matematik tambahan jika di matrikulasi hayat..tetapi mungkin boleh cuba ke asasi sains..
    • salam marwan..kalau nak melanjutkan pengajian bidang perubatan kamu mesti ambil subjek fizik dan matematik(atau matematik tambahan)kalau nak sambung bidang perubatan melalui spm dan mesti dapat B dalam biologi,fizik,kimia dan matematik(atau matematik tambahan serta Bdlm satu subjek lain..alternatif lain kalau dah lepas spm boleh sambung perubatan melalui stpm dgn ambil sekurangnya 3 subjek sains(biologi,fizik,kimia atau matematik)dan dapat gred BBB atau ABC atau AAC dlm 3 subjek tersebut..utk keterangan lanjut saudara rujuk syarat masuk perubatan oleh majlis perubatan malaysia..buka laman web malaysian medical council dan klik pd “minimun entrance requirement”:)
  6. nak tnya,slps tmat pngajian ijazah doktor perubatan kta akn dpt kja sbg doktor terus atau perlu memohon terlebih dahulu??bingung sgt nie tkt dh pnat2 study tmat pngajian x dpt keja yg diimpikan plak…
  7. Salam..saya merupakan lepasan spm 2011..saya nak tnya mcm mne klau seorg pljar 2 tdk mgmbil subjek sains tulen,bio,kimia,fizik dan hnya mgmbil subjek geografi,perdagangan dan subjek teras lah..adakah dya bleh mjadi seorg doktor??blehkan saya tnya lagi klau pljar 2 msuk Universiti,plajar 2 ambil aliran apa utk jdi doktor??bleh saya minta penjelasan kah..Terima Kasih krn dah mberi komen n penjelasannya..
    • Princess Erra@
      1) klau nk jadi doktor , time form 4 MESTI pilih sains tulen . klau pilih selain drpd , minta maaf mmg peluangnya tipis sbb subject yg diperlukan utk masuk Medic course kt pra-U nnti adalah biology,chemistry dll .
      2) dlm U , ada 3 jenis laluan utk jadi doctor . iaitu:
      I)foundation atau Asasi sains .
      II)Diploma in science
      dan utk layak masuk dlm bidang perubatan atau sains kesihatan (local University) , peringkat SPM , sekurang-kurangnya 5 credit , Biology B+ , Chemistry B+ dan Math B+ .. English pun kena high kredit .
    • salam princess erra..kalau awak teringin sangat menjadi doktor..kalau boleh (tp ini mgkin susah sikit) awak duduki spm balik ambil subjek sains(biologi,kimia,fizik,matematik(atau matematik tambahan) dan dpt sekurang kurangnya B bagi subjek tersebut..kalau tidak pun ambil stpm dgn subjek sains kalau boleh sekurang kurangnya 3 subjek (biologi,kimia,fizik) dan dpt gred BBB atau ABC atau AAC dlm subjek tersebut contohnya A dlm biologi, A dlm fizik dan C dalam kimia..sila rujuk “minimum entrance requirement” dlm laman web malaysian medical council:)
  8. Assalamualaikum..
    saya nak jadi dotor
    tp melalui stpm
    bolehke??dan bgimana pula
    subjek yang kene amik??
    • waalaikumussalam..
      untuk menjadi doktor melalui saluran STPM ialah perlu ke STPM aliran sains.. di setiap sekolah dah tetapkan matapelajarannya..pastikan ada subjek berkaitan fizik dan bio..
    • waalaikumussalam yana..boleh sangat melalui stpm..awak perlu ambik sekurang kurangnya 3 subjek sains (biologi,kimia,fizik atau matematik) dan mesti dapat gred BBB atau ABC atau AAC dlm subjek tersebut contohnya awak dpt A dlm biologi, B dlm kimia, C dlm fizik:)
  9. assalamualaikum…nk tanya kalu result spm utk biologi dan kimia b+… masih ader peluang lagi x utk masuk bidang perubatan??
    • waalaikumussalam zul..kalau biologi dan kimia dapat gred B+ boleh la tu tapi mesti juga dapat B dlm subjek fizik dan matematik(atau matematik tambahan) dan B dlm 1 subjek lg:)
  10. saya telah mndapat 5a dlm spm.utk subjek bm,bi,sj,ag,math manakala utk subjek bio-b+,add mth-c,kimia-c+ dan physics-d.saya minat utk mengambil program sains hayat.saya ada baca di bahagian matrikulasi yg program tersebut memerlukan sekurang-kurangnya c utk salah satu subjek bio atau physics.adakah saya layak utk memasuki matrik untuk program sains hayat?…terima kasih
  11. salam_
    kalau sains gunaan tu lbey kearah ape ye ??
    agak keliru sket dgn sains bersekutu n tulen_
  12. saya nk tnye,klau nk jd dktor..boleh x saya mhon asasi sains hayat mcm asasi sains hyat um?sbb saya ad bace dlm stu wbsite n dia kte asasi sains hyat ni untuk engineering btul k?
    • salam ashikin..kalau nk jd doktor memang ptut mohon sains hayat kerana ia memang laluan utk ambil bidang perubatan dan sains tersebut mmg berkaitan pun..kalau utk kejuruteraan itu sains fizikal!:)
  13. As salam, saye nak tanye kalo asasi sains kesihatan bersekutu boleh ambil farmasi tak lepas abis asasi???
  14. sy dpt a-biologi, a+kimia, a fizik….layak x sy amek prubatan…any suggestion u mana y bley sy apply n dterima?
    • salam ana..tahniah byk2 ana..anda tersangat layak utk amik perubatan..selain kimia.fizik dan biologi awak juga perlu sekurang2nya B dalam matematik(atau matematik tambahan) dan B dlm 1 subjek lg..sy dapati awk dpt 11A jd x de mslh lah! sama dgn adik sy!byk jgk ipta kt malaysia ni yg boleh awak mintak dan diterima iaitu um,usim dan uitm bg kursus mbbs(sarjana muda perubatan dan sarjana muda pembedahan) dan upm,usm,ukm,ums,unimas,uiam dsb..kalau x dpt ipta, ipts pun byk tawar kursus perubatan macam cucms,insaniah,aimst(antara yg paling murah dsb)selamat belajar perubatan ana!:)
    • tambahan lg..ipta yg selain um,usim dan uitm guna istilah MD(medical doctor/ijazah sarjana muda doktor perubatan)benda sama je dgn mbbs..istilah je berlainan!:)
  15. boleh ke kalau saya ambik asasi sains hayat untuk sambung belajar jadi doktor perubatan atau doktor pensyarah dalam bidang pendidikan
  16. nk tnya sikit..mcm mna klu seseorg tu dapat keputusan yg rendah dlm spm..then bila msuk matrikulasi dia dapat keputusan yang terbaik(contoh dpt pointer 3.8-4.0) adakah dia layak untuk mintak doktor perubatan..:)
    • bleh..xde masalah..cuma harap SPM tu tak teruk sangat subjek sains, bi dan mat
    • salam qies..tambahan lg..kalau ikut syarat majlis perubatan malaysia..dlm spm awak mesti dapat sekurang2nya B dalam biologi,fizik,kimia,matematik(atau matematik tambahan) dan B dlm 1 subjek lain..kalau pointer matrikulasi 3.00 pun dh boleh klau x silap(mesti cgpa 3.00 dlm 3 subjek(kimia,biologi,fizik atau matematik)..kalau awk x dpt ambik perubatan melalui matrikulasi(disbbkn oleh pointer kurang atau spm gred x cukup)ade lg jalan utk ambik perubatan melalui ijazah sarjana muda/degree/bachelor dalam bidang sains..bidang sastera atau kemanusiaan pun boleh dgn syarat pointer cukup spt ditetapkan mmc..x perlu keputusan spm..rujuk laman web malaysian medical council dan klik pd “minimum entrance requirement” utk keterangan lanjut:)
  17. SALAM,saye pelajar tingkatan 5 dn berminat untuk mengambil bidang perubatan,brape A yg dprlukan untuk mmbolehkan saye mngmbil bidang ini di universiti??
    • Sebaiknya semua A..perlu memenuhi syarat untuk masuk ke matrikulasi serta mendapat atas 3.8 dalam peperiksaan di matrik
    • salam nazween..untuk mengambil bidang perubatan anda mesti dapat sekurang kurangnya gred B bagi subjek biologi,kimia,fizik dan matematik(atau matematik tambahan) dan B bagi 1 subjek lain..sila rujuk “minimum entrance requirement” dlm laman web malaysian medical council utk keterangan lanjut:)
  18. Salam. Sy lpsn spm 2011. Sy nk amek prubatan tp sy tak tahu nk pilih sains ksihatan or sains tulen or sains hayat? And satu lg. Sy dpt semua A tp bahasa inggeris sy B+. Layak ke sy nak mntk medic? Ke sy patut mntk jurusn lain? Sy sendiri pn keliru. Harap dpt balas dgn sebaik mungkin. Sy nak ke,askini upu . Terima kasih.
    • Salam, Yg paling dekat ialah sains kesihatan dan sains hayat..paling popular ialah sains hayat sebab ia lebih memberi peluang lain sekiranya tidak berjaya ke perubatan nanti..
    • salam aisyah..awak memang layak sanagt untuk mengambil kursus perubatan walau subjek bahasa inggeris b+. itu sudah cukup bagus..
  19. ape syarat asai sains perubatan?
    • salam riana..apa yg saya boleh jawap kalau nak mengambil bidang perubatan dlm spm mesti dapat sekurang kurangnya gred B dlm subjek biologi,kimia,fizik dan matematik(atau matematik tambahan) dan b dalm 1 subjek lain serta kredit bahasa inggeris kalau x silap..sila buka laman web malaysian medical council dan klik pada “minimum entrance requirement” untuk keterangan lanjut:)
  20. assalamualaikum, sekiranya saya ingin mnjadi MEDICAL ASSISTANT ,MA bidang apa yg saya perlu ambil, dan adakah slepas SPM sy perlu terus apply utk MA atau perkara ini berperingkat ? harap dpt beri tunjuk ajar. thanks .
  21. Slm.kalau nak jadi doktor,sains mana yg patut ambik? sains kesihatan/bersekutu atau sains tulen .
  22. salam
    better ambil perubatan dalam negara atau luar negara??
    • Salam..ada pro dan kontranya.. sebagai rakyat Malaysia..pasti kita perlu percaya pada sistem pendidikan kita..lagipun kita dapat mengurangkan pengaliran wang keluar dari negara..kecuali jika dihantar untuk belajar ke sana..jika dihantar kesana, bemakna kepakaran disana diperlukan untuk saudara/i bawa kesini..
  23. salam,,,saya ingin tahu brpkah pointer kelayakan prubatan yg trbaru?
    • Salam..susah nak ckp kalau ni..sbb institusi macam2..lain institusi, lain pula pengambilannya..tapi setakat yg saya tahu..sekarang ni dia ada koata dan ia terhad..maka rata 4.0 sahaja yang memenuhi koata tu..masih ramai juga 4.0 yang tidak dapat masuk disebabkan ia telah dipenuhi..
    • salam deera..pointer kelayakan perubatan yg terbaru bagi asasi sains/matrikulasi/kursus pra perubatan cgpa 3.00 sekurang kurangnya dlm 3 subjek (fizik,kimia,biologi atau matematik) dan mesti sekurang kurangnya gred B peringkat spm bg subjek biologi,fizik,kimia dan matematik(atau matematik tambahan)dan B dlm 1 subjek lg..kalau peringkat diploma berkaitan 3.50 dan mesti sekurang kurangnya gred B peringkat spm bg subjek biologi,fizik,kimia dan matematik(atau matematik tambahan)dan B dlm 1 subjek lg..nk ambil perubatan melalui ijazah juga boleh..dgn pointer tertentu..sbg jalan terakhir..sila rujuk laman web malaysian medical council dan klik pd “minimum entrance requirement” utk lebih jelas:)
  24. salam..
    saye bru je abes spm dalam sains stream..
    baru je nk isi borang upu nie n x tahu ape beza sains gunaan,sains kesihatan bersekutu dan sains tulen..
    kalau nk amek jurusan bioteknologi kena amek asasi ape?
    antara asasi,matriks n diploma mne lg bgos?
    saye minat biology jd kerjaye ape yang sesuai?
    harap dapat bantu..
  25. saya nak isi borang upu. tapi tak tahu apa itu sains kesihatan/bersekutu, sains gunaan dan sains tulen. saya berminat untuk ambil perubatan. jadi sains yang mana perlu saya pilih? thanks,
  26. terima kasih!!kini saya lebih jelas tentang matlamat saya..:)
  27. salam..saya merupakan pelajar lepasan spm 2011..saya nak tanya kalau nak jadi doktor,perlukah saya ambil asasi sains atau diploma sains di universiti tempatan nanti..dan apakah pula perbezaan asasi sains dan asasi perubatan?terima kasih:)
    • Salam, asasi sains, diploma sains dan asasi perubatan semuanya kearah dan boleh memohon ijazah perubatan.. cuma kalau bila ambil asasi sains/diploma pilih lah berkaitan komponen2 sains hayat.. jika pilih asasi sains perubatan ia lebih dekat lagi dengan bidang perubatan.. :)
  28. mcm mne klau seorang pelajar tue tdk mengmbl subjek sains tulen yg lngkap iaitu tiada subjek bio dlm spm tetapi hanya mengmbl subjek kimia n fizik,adakah dia boleh menjadi seorg doktor perubatan?..minta penjelasan..terima kasih..
  29. aik, bertukar plak template xpresi ni. rajin betul tuan dia ni tukar2 dan ubahsuai dia punya design…makin cantik…mesti rmai peminat ni…

Sourcce: http://www.xpresi.org/panduan-menjadi-doktor-bidang-perubatan/
Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال