PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI KE SEGI UNIVERSITY DALAM IJAZAH SARJANA MUDA FARMASI (KEPUJIAN) TELAH DIBUKA SEKARANG.
UNTUK DAPATKAN SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI:
NAMA : AMRAN
TEL : +6012-3791 871
Email: universityintake@counsellor.com
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan surat tawaran SEGI UNIVERSITYdiminta untuk mesej SMS <SEGI, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN EMAIL, dan NAMA KURSUS> yang hendak diambil, sama ada diploma atau sarjana muda atau tahun asas kepada AMRAN, TEL : +6012-3791 871 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian.
Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan ke SEGI UNIVERSITY COLLEGE bolehlah menghubungi AMRAN, TEL : +6012-3791 871 atau email ke universityintake@counsellor.com untuk perbincangan selanjutnya.
(Term and conditions apply-bergantung kepada pihak university)
Apakah Masa Depan Kerjaya Farmasi?
Category: Qualaroo
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya nak luangkan sedikit masa untuk menjawab 2 lagi soalan yang telah dihantar oleh pembaca Nizam Malek Blog berkaitan masa depan kerjaya Farmasi di Malaysia.
Soalan pertama telah dihantar pada 22 Mac 2013, pukul 5.08pm dan berbunyi seperti ini;
1) "Salam En Nizam, nak tanya, saya merupakan lepasan SPM, kalau saya ambil kursus Diploma in Pharmacy, apa hala tuju saya selepas itu?"
Jawapan: Salam kepada anda yang bertanya, berkenaan dengan Diploma in Pharmacy (DIP), kebiasaannya anda akan belajar selama 3 tahun dan selepas tamat belajar, kelulusan yang anda dapat membolehkan anda untuk bekerja di sektor awam sebagai Penolong Pegawai Farmasi (PPF) bermula dengan gred U29.
Di hospital, secara asasnya PPF bertugas sebagai pembantu kepada Pegawai Farmasi untuk tugas pre-packing, stock recording, cytotoxic drugs reconstitution, total parenteral nutrition dan bermacam-macam lagi yang membolehkan proses kerja di Jabatan Farmasi menjadi lebih teratur dan efisyen.
Walaubagaimanapun, tugas PPF terhad berbanding Pegawai Farmasi untuk sesuatu tugas. Contohnya, PPF tidak terlibat dengan proses mengeluarkan ubat-ubat psikotropik (Dangerous Drugs), pembelian ubat bagi kegunaan hospital, patient counselling dan kebanyakan masanya, tugas untuk mendispens ubat kini lebih banyak diserahkan kepada Pegawai Farmasi Provisional U41.
Selain bekerja di hospital, terdapat juga PPF yang bekerja di Bahagian Penguatkuasa Farmasi dan tugasnya juga adalah untuk membantu Pegawai Penguatkuasa Farmasi mengikut unit-unit tertentu.
Berkenaan dengan gred pula, kenaikan jawatan adalah berdasarkan senioriti dan bukanlah mengikut masa (time-based) seperti yang berlaku dalam jawatan Pegawai Farmasi.
Namun, kerjaya sebagai PPF tidak terhenti di situ. Anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang diambil dalam tempoh 4 tahun. Kelulusan tersebut membolehkan anda naik ke taraf Pegawai Farmasi.
Memang masa yang diambil adalah lebih panjang, namun ia tetap adalah satu opsyen yang baik.
Soalan kedua pula diterima pada 26 Mac 2013 pada pukul 3.19pm;
2) "Betul ke ahli Farmasi akan saturated???"
Jawapan: Soalan ini adalah antara soalan yang agak popular. Ramai yang ingin mengetahui, benarkah bahawa kerjaya dalam bidang Farmasi ini sudah atau akan tepu. Dengan kata lain, adakah bilangan ahli Farmasi berdaftar di Malaysia telah mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO)?
Secara tepatnya, saya tidak mempunyai perangkaan yang sebenar berkenaan jumlah Pegawai Farmasi di Malaysia dan apakah ianya telah mencapai sasaran ataupun belum. Jadi saya tidak dapat memberikan komen sama ada benar atau tidak jumlah ahli Farmasi di Malaysia telahpun atau akan tepu pada masa akan datang.
Cuma apa yang saya perhatikan adalah, memang betul, jumlah Pegawai Farmasi di sektor awam terutamanya di hospital kerajaan telah bertambah dengan banyak berbanding beberapa tahun sebelum ini.
Jika sebelum ini, sebuah hospital kerajaan cuma mempunyai seorang Pegawai Farmasi yang menyusun atur pengurusan berkaitan penggunaan ubat-ubatan hospital, kini hampir ke semua hospital telah mempunyai secara kasarnya 40-50 orang Pegawai Farmasi yang bertugas mengikut unit-unit tertentu seperti Klinikal, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Pesakit Luar dan lain-lain.
Perkembangan sihat ini telah membolehkan Jabatan Farmasi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pesakit di hospital.
Walaubagaimanapun, sejajar dengan pertambahan populasi masyarakat, sudah semestinya beban kerja di Jabatan Farmasi akan bertambah, malah dengan perancangan untuk memberi perkhidmatan nilai tambah kepada para pesakit menjadi faktor keperluan untuk menambah jumlah Pegawai Farmasi setiap tahun.
Isunya adalah, penghasilan graduan Farmasi setiap tahun adalah amat banyak melebihi kekosongan jawatan yang dapat ditawarkan di hospital-hospital kerajaan. Bayangkan 16 institusi pengajian tinggi awam dan swasta menghasilkan kira-kira 1500 orang graduan Farmasi setiap tahun untuk ditempatkan dalam jawatan di sektor awam, tidak ditambah lagi dengan graduan Farmasi dari luar negara seperti Indonesia, Australia dan lain-lain.
Sudah pasti perkara ini menjadi kerisauan bagi mereka yang sedang menjalani kursus Farmasi atau berkira-kira untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi. Persoalannya, apakah masa depan kerjaya Farmasi di Malaysia? Adakah dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, graduan lepasan Farmasi akan menganggur sama seperti graduan lepasan kursus-kursus lain?
Pada pendapat saya, ketepuan jumlah ahli Farmasi di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor besar seperti faktor politik semasa dan kekosongan jawatan. Bidang Farmasi adalah satu bidang yang amat penting dan perkhidmatan Farmasi menjadi tulang belakang kepada kesihatan manusia. Perkhidmatan Farmasi tidak boleh tepu kerana permintaan terhadapnya sentiasa tinggi dan bertambah setiap tahun.
Malah, kerjaya Farmasi menawarkan pelbagai cabang yang tidak kurang menarik selain perkhidmatan di hospital kerajaan.
Pada masa ini juga, kebanyakan hospital swasta di Malaysia sekadar mempunyai 1 atau 2 orang Pegawai Farmasi yang mengurus semua urusan berkaitan Jabatan Farmasi. Kekosongan besar ini mungkin menjadi satu peluang buat Pegawai Farmasi untuk berkhidmat di hospital swasta. Sudah pasti cabarannya berbeza dengan berkhidmat di hospital kerajaan, tapi ia tetap adalah satu pilihan yang baik.
Selain berkhidmat di hospital, ahli Farmasi juga boleh mencari peluang pekerjaan di rangkaian Farmasi retail. Pada masa kini, permintaan terhadap ahli Farmasi berdaftar adalah amat tinggi terutamanya daripada e-Cosway.Walaupun terdapat banyak khabar mengatakan bahawa menceburi dunia rangkaian Farmasi retail melalui e-Cosway bukanlah satu langkah yang terbaik, tapi ia tetap adalah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.
Kepada yang tidak meminati Farmasi retail atas alasan-alasan tertentu, mereka boleh mencabar diri mereka untuk mencari peluang pekerjaan di sektor industri iaitu di kilang-kilang penghasilan ubat-ubatan.
Khabarnya juga, jumlah pendapatan yang diberikan untuk Pegawai Farmasi di sektor industri adalah yang tertinggi berbanding di hospital ataupun Farmasi retail. Cuma pastilah, beban kerja dan ekspektasinya lebih tinggi. Stress juga pasti lebih tinggi.
Khabarnya juga, jumlah pendapatan yang diberikan untuk Pegawai Farmasi di sektor industri adalah yang tertinggi berbanding di hospital ataupun Farmasi retail. Cuma pastilah, beban kerja dan ekspektasinya lebih tinggi. Stress juga pasti lebih tinggi.
Secara umumnya, memang benar, tiada jaminan bahawa bidang Farmasi dapat memberikan pekerjaan kepada para graduan lepasan Farmasi seperti tahun-tahun sebelum ini. Malah polisi dalam bidang Farmasi juga dilihat bertukar-tukar dengan amat drastik dari semasa ke semasa.
Namun, sekali lagi pada pendapat saya, bidang Farmasi masih lagi adalah satu pilihan kerjaya yang amat baik untuk diceburi. Jika alasan jumlah Pegawai Farmasi di sektor awam telahpun mencapai tahap ketepuan, graduan lepasan Farmasi masih boleh mendapatkan peluang pekerjaan di sektor swasta yang masih lagi dikira berpermintaan tinggi. Apa yang penting bagi anda yang sedang mengikuti kursus Farmasi atau bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi adalah, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan kemahiran soft-skill/modal-insan yang terkini untuk membolehkan anda bersaing mendapatkan pekerjaan.
Secara peribadi, saya masih lagi berpendapat bidang Farmasi adalah satu pilihan yang baik dan bidang Farmasi memerlukan lebih ramai ahli Farmasi berkualiti yang dapat mengembangkan perkhidmatan Farmasi di Malaysia untuk sepanjang masa.
Cuma jika benar suatu hari nanti kursus Farmasi di Malaysia tidak lagi dianggap satu kursus kritikal, pilihan seterusnya yang terbaik adalah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang doktor pergigian.
Jika anda ada ruang untuk mendapatkan lebih info berkenaannya, anda akan dapat melihat perbandingan terhadap kedua-dua bidang kerjaya ini.
Jika anda ada ruang untuk mendapatkan lebih info berkenaannya, anda akan dapat melihat perbandingan terhadap kedua-dua bidang kerjaya ini.
Semoga perkongsian kali ini memberi gambaran terhadap pandangan berkenaan masa depan kerjaya Farmasi di Malaysia kepada anda.
Sebarang soalan/komen adalah amat-amat dialukan.
Tags
PROMOSI MENARIK PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI KE SEGI UNIVERSITY

166 comments:
based on your opinion which better to choose matrik or diploma??
i only got 6A on SPM..:(
please give a best opinion,,i really need to know??:)
Berdasarkan pengalaman saya, anda boleh pilih matrik jika anda yakin anda boleh bersaing untuk mendapatkan cgpa yang bagus, iaitu 4.0.
Jika gagal, peluang untuk mendapat tempat di IPTA untuk kursus kritikal seperti Farmasi adalah tipis.
Jika nak sambung di IPTS, kosnya pula agak tinggi.
Berbanding diploma, perjalanan untuk sampai ke degree level agak panjang, tapi lebih mudah.
Tahniah kerana mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Teruskan usaha untuk terus berjaya.
Sebelum itu, boleh saya tahu, kenapa anda ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Farmasi?
Pada pandangan saya, prospek kerjaya yang lebih baik untuk diceburi kini adalah dentistry, iaitu Doktor Pergigian kerana faktor peluang pekerjaan yang lebih baik di masa hadapan.
Namun ia juga amat bergantung kepada minat dan kecenderungan anda.
sebenarnya saya berminat dalam bidang farmasi nie,,ada orang kata kalau ambil diploma farmasi nanti kta sambung degree kta terus ke sem 3,,and lau budak matrik kena start dengan sem 1 dulu,,betul ker??
sebenarnya saya kurang berminat dengan dentistry,,
jadi kalau saya ambil diploma farmasi macam mana dengan peluang kerjaya nanti saya graduate nie??
Saya Berminat dengan kursus Farmasi ni. SPM saya dapat 6A 2B 2C.. B Bi, Bio. C Physics, Add Maths. Tapi saya sedikit musykil. Kalau ikutkan syarat di Web Lembaga Farmasi, Kelayakan untuk ke Degree Farmasi Sekurang-kurangnya 3.5 Di peringkat Matrik/asasi. Dan nak at Least B Bio, Physics, Chemistry, Math/Add Math SPM. Yang lain saya lepas. Cuma Physics saya C. Saya tak nak ambik Course Doktor, Dentist lepas habis Matrik, saya nak sambung dalam Degree Pharmacy. Doctor dan Dentist sangat letih nak dibandingkan dengan Pegawai Farmasi. So, dapatkah saya apply Kursus tersebut setelah menamatkan Pengajian Di Matrikulasi ? Ini yang membuatkan saya Down. Saya Struggle sampai dapat A kimia. Yang saya heran, kenapa nak Physics jugak ? I Hate Physics So Much -_-"
Yang saya tahu, diploma Farmasi + degree Farmasi = 7 tahun. Tiada lompat tahun.
Sebab training diploma Farmasi dan degree Farmasi adalah berbeza.
Pokoknya, tak kira dari manapun, degree Farmasi perlu dijalani selama 4 tahun.
Berkenaan dengan peluang kerjaya graduan lepasan diploma Farmasi, sila rujuk artikel di atas.
Wasalam.
Anda boleh apply untuk sambung dalam Degree Farmasi di IPTA, dengan syarat anda mendapat keputusan cemerlang iaitu cgpa 4.0.
Basic sciences sangat penting dalam Degree Farmasi. Kimia, Biologi dan Fizik adalah kombinasi utama dalam basic sciences.
Malah dalam silibus Farmasi, terdapat subjek Physical Pharmacy yang terdapat sedikit konsep Fizik dan pengiraan ringkas.
Bidang Farmasi adalah bidang sains. Memang ada subjek yang kita lemah, tapi jangan benci terus, sebab kita masih perlu menguasainya, supaya kita dapat mencapai matlamat yang lebih besar.
Sama juga bagi yang lemah bahasa Inggeris. Sedangkan pelajaran Farmasi disampaikan dalam bahasa Inggeris.
Jadi saya sarankan, jangan menjadikan alasan tidak suka subjek sebagai penghalang lagi.
Jika anda serius mahu berjaya, lihat ia sebagai satu cabaran. Dan belajar teknik yang betul untuk menguasai apa saja yang berkaitan Fizik.
InsyaAllah, saya pasti anda boleh melakukannya, jika anda betul-betul berusaha, mempunyai minat dan keinginan.
All the best!
Tapi tak pe, kena buat dan hadapi juga. Ia hanyalah sebahagian daripada matlamat, jadi jangan berputus asa kalau kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita tidak minat untuk tempoh masa yang pendek.
Matrikulasi: Dulu saya juga tukar dari sains fizikal kepada sains hayat.
All the best! Saya doakan anda berjaya. Kalau dah berjaya nanti, tegur2 lah saya. =)
Terima kasih kerana meninggalkan jejak melalui ruangan komen.
Tapi mohon tidak menggunakan ruang komen ini sebagai medium promosi anda.
Ini dinamakan spamming.
Komen berbentuk promosi akan didelete oleh admin blog.
Sila hubungi Nizam Malek melalui link ini: http://www.nizammalek.com/p/contact.html jika berminat untuk meletakkan iklan promosi anda di Nizam Malek Blog.
Terima kasih.
betul ke bidang dentistry masih ada peluang pekerjaan bagi lepasan spm 2013 ?
sebab saya rancang nak ambil dentistry sebab doktor memang dah ramai sekarang ni .
saya risau kaalu tak dapat pekerjaan nanti ...
Beliau menasihatkan, kalau ada saudara atau kawan-kawan yang nak sambung belajar dalam bidang kritikal, pilihan yang terbaik kini adalah dentistry berbanding perubatan dan Farmasi.
Ia kerana, peluang pekerjaan dalam bidang dentistry masih lagi terlalu banyak dan terbuka.
Bidang dentistry adalah satu bidang professional dan graduannya akan mendapat title Dr.
Banyakkan pembacaan berkenaan bidang dentistry ini. Jika ada pameran kerjaya, sertai dan dapatkan maklumat yang lebih tepat berkenaan bidang ini.
Dan jika anda rasa anda mempunyai minat untuk menjadi seorang Doktor Gigi, ia akan menjadi pilihan yang amat baik.
Peluang kerja, insyaAllah akan ada kerana permintaan terhadap profession Doktor Pergigian ini amat baik pada masa ini dan masa depan.
tqvm
Anda tidak boleh lari dari subjek biologi kerana ia adalah subjek asas sains yang melibatkan fungsi badan benda hidup seperti manusia.
Jika anda tidak cuba untuk menguasai subjek asas sains seperti chem, bio, fizik dan matematik, anda akan menghadapi kesukaran untuk menguasai bidang Farmasi secara keseluruhan kerana bidang Farmasi adalah bidang yang luas.
Nasihat saya adalah, jika anda meminati kerjaya Farmasi, pupuk minat terhadap subjek asas sains dan berusaha lebih lagi untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini.
Ramai saja yang tidak mencapai keputusan yang paling cemerlang dalam akademik, tetapi kini berjaya mencapai ahli Farmasi yang baik.
Pencapaian akademik bukan penentu, tetapi ia merupakan asas yang penting untuk membina kerjaya yang baik di masa hadapan.
All the best.
Kalau ikut entry requirement CUCMS untuk degree Farmasi di link ini: http://www.cybermed.edu.my/cucms-web/new_web/bpharmprogramme.html,
lepasan diploma sains boleh sambung ke degree Farmasi dengan syarat Diploma Sains tersebut diiktiraf oleh MQA dan MOHE.
Selain itu, minimum CGPA untuk apply Degree Farmasi CUCMS bagi lepasan diploma sains adalah 3.75 termasuk minimum B untuk Chemistry.
Saya pelajar lepasan matrikulasi. Mininum cgpa untuk sambung farmasi 3.8 kan? Kalau cgpa saya tak sampai 3.8 ada cara lain tak untuk saya sambung farmasi? Saya mmg minat sangat farmasi. Kalau saya apply ipts agak2 peluang kerja nanti macam mana? Boleh ke saya apply jpa kalau saya masuk ipts?
Minimum requirement cgpa untuk sambung Farmasi sebenarnya tidak lah terlalu tinggi.
Contohnya di CUCMS, syarat untuk memohon sambung belajar degree Farmasi cumalah cgpa 3.0 untuk lepasan Matrikulasi.
Cuma yang membezakan adalah, persaingan kini terlalu tinggi. Ramai yang nak masuk kursus Farmasi ini.
Kerana itu biasanya hanya cgpa 4.0 yang dapat masuk ke IPTA untuk sambung degree Farmasi.
Jika tidak mendapat tawaran di IPTA untuk degree Farmasi, opsyen seterusnya adalah menyambung pelajaran di IPTS seperti CUCMS.
IPTS seperti CUCMS adalah diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia dan MQA, dan kelayakan graduan CUCMS adalah setaraf dengan graduan lepasan IPTA yang lain.
Anda boleh apply semua bantuan pinjaman seperti JPA, MARA dan PTPTN. Apply saja semua dan lihat mana yang anda dapat.
Jika sebelum ini anda bukan aliran sains, anda tidak boleh menjadi ahli Farmasi.
Jika boleh pun, anda perlu bermula semula dengan mengambil subjek asas sains.
Atau memang tidak layak sama sekali ?
Namun untuk IPTA, persaingan adalah sangat tinggi. Kalau dapat 4 flat pun belum tentu dapat masuk Farmasi di IPTA.
Anda boleh memohon untuk Farmasi di IPTA melalui UPU.
Jika tidak berjaya, bukan bermaksud anda tidak layak untuk buat Farmasi.
Cuma persaingan untuk mendapatkan tempat di IPTA adalah tinggi.
Jadi pilihan yang ada untuk anda adalah ke IPTS, seperti CUCMS dan lain-lain atau ke luar negara melalui tajaan MARA atau JPA.
Untuk soalan ini, anda perlu bertanya terus kepada institusi yang menawarkan degree Farmasi, kerana permohonan dan pertimbangan setiap institusi adalah berbeza.
Biasanya jika anda mempunyai diploma dalam bidang Farmasi, anda berkelayakan untuk sambung degree Farmasi.
Jika anda meminati bidang perubatan ataupun dentistry, anda seharusnya menyambung pelajaran anda di Matrikulasi ataupun terus ke A-level yang menawarkan kursus perubatan atau dentistry.
Jika anda menyambung pelajaran anda untuk diploma PPF, cabang kerja anda lebih tertumpu kepada Farmasi, dan bukannya perubatan mahupun dentristry.
Tiada cara untuk kurangkan tempoh degree 4 tahun, kerana degree Farmasi bukanlah lanjutan daripada diploma PPF walaupun kedua-duanya adalah dalam bidang Farmasi.
Subjek bio, fizik dan kimia adalah komponen asas dalam bidang sains.
Bidang sains adalah satu bidang yang sangat luas dan pengetahuaan komponen asas seperti bio, fizik dan kimia adalah diperlukan untuk menguasai bidang Sains.
maaf mganggu.jika tidak keberatan,sy mohon encik untuk berikan sedikit pendapat.
*sy dlm dilema.sy dpt dgree phrmcy di uitm dan bac of edu in physics di uni of burmingham uk.sy lebih meminati kos frmsi.sy minat untuk berkerja sbgai ahli frmasi.tp apakah peluang kerjaya tinggi bagi graduan frmasi lepasan uitm?
trm ksh.
Tahniah kerana mendapat tawaran sambung belajar yang baik.
Peluang kerjaya adalah baik bagi graduan Farmasi lepasan Uitm, kerana ia adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah dikenali.
Selamat membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan anda.
Untuk soalan anda ni, lebih baik anda berhubung terus dengan pihak UiTM untuk mendapatkan kepastian.
Sama ada boleh atau tidak, mereka saja yang boleh menjawabnya.
Betul ke saya dengar, farmasi lg susah dr medic. Kalau ye betul, susah dari segi yg mcm mana tu ye?
Pada pendapat saya, medic lebih susah daripada Farmasi.
Namun setiap kursus ada cabarannya yang tersendiri.
Bergantung kepada cara penerimaan setiap para pelajar.
antara kpj atau msu, mne lbih baik kalau nk smbung dip farmasi??...
Cuma bagi saya, kalau nak sambung dip Farmasi, bolehlah mencuba di KPJ.
Apa-apapun, seeloknya, anda perlu membuat kajian kelebihan dan kekurangan kedua-dua institusi ini dan sesuaikan pilihan yang terbaik dengan diri anda.
All the best!
Pada pendapat encik,mneruskn pengajian di peringkat matrikulasi atau asasi yg mne lbih baik slpas tamat spm? Boleh berikan kelebihan brada di tmpt yg encik cdgkan?
slps tamat spm, matrikulasi atau asasi yg lebih baik utk dipilih? Boleh berikan kelebihan tntg apa yg encik cdgkan.
Secara jujurnya, saya tidak mempunyai info yang tepat berkenaan asasi.
Namun melalui apa yang saya dengar daripada kawan-kawan saya yang pernah belajar di asasi, ini komen saya.
1. Asasi biasanya adalah satu program Pra-U yang ditawarkan oleh sesebuat universiti seperti UM dan lain2. Jadi kebiasaannya, apabila habis asasi, lebih mudah untuk diserap masuk ke universiti tersebut.
2. Namun tempoh belajar di asasi lebih panjang iaitu 2 tahun berbanding matrikulasi yang hanya 1 tahun sahaja.
3. Anda perlu belajar ke semua subjek sains asas iaitu Biologi, Fizik dan Kimia di asasi dan ke semuanya dimasukkan ke dalam cgpa. Jadi persaingan adalah lebih tinggi dan mencabar. Berbanding matrikulasi yang membolehkan anda memilih aliran sains hayat (Biologi) atau sains fizikal (Fizik).
4. Dari segi jaminan, saya berpendapat asasi lebih terjamin. Matrikulasi kurang terjamin kerana persaingan adalah untuk kolej matrikulasi di seluruh negara, manakala asasi, anda bersaing dengan rakan sekelas anda sahaja untuk mendapatkan tempat di universiti tersebut.
5. Jika ada peluang, saya mencadangkan anda ke asasi. Namun matrikulasi juga tidak kurang bagusnya. Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.
6. Komen saya ini tidaklah konkrit, kerana saya tidak mengetahui situasi terkini di asasi mahupun matrikulasi. Oleh itu anda perlu membuatkan kajian berkenaan kedua-duannya dan lihat pilihan yang lebih bersesuaian dengan diri anda.
Soalan yang baik.
Pada pendapat saya, anda perlu melihat juga prospek kerjaya ketika membuat pilihan kursus.
Tiada guna kalau kita belajar susah2 3 4 tahun, tapi bila graduate xdpt kerja ataupun dapat kerja biasa2, sedangkan kita mampu untuk mendapat kerjaya yang lebih baik.
Namun, tiada masalah jika anda memilih kursus mengikut minat anda. Cuma anda perlu tahu apakah prospek kerja anda selepas tamat belajar dan adakah anda berpuas hati dengannya atau tidak.
Bagi saya, Farmasi tidak susah. Tapi ia bergantung juga, penerimaan setiap orang berbeza. Apatah lagi jika tidak minat, pasti terasa sangat susah.
Semoga jawapan ini satu pencerahan buat anda.
Kemudian, anda akan dapat bandingkan yang mana lebih prioriti dan sesuai dengan diri anda.
Seterusnya, lakukan solat istikharah beberapa kali. InsyaAllah anda akan bertemu pilihan yang sesuai.
Terima kasih kerana sudi bertanya soalan dan pendapat.
Ini sedikit sebanyak komen yang boleh saya berikan.
Sebenarnya, saya pun tak pernah dengar nama Kolej Antarabangsa dan Profesional Perlis dalam bidang Farmasi.
Pada pendapat saya, bidang Farmasi ini luas jika memiliki Ijazah Sarjana Muda Farmasi (degree).
Jika diploma Farmasi, skop kerja adalah sedikit terhad. Namun, jika result diploma bagus, anak pn berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringat degree Farmasi dan prospek kerjayanya akan menjadi lebih luas.
Saya ada juga bertanya dengan graduan lepasan Diploma Farmasi yang kini bekerja sebagai Penolong Pegawai Farmasi (PPF), dan kebanyakan mereka mengatakan yang persaingan untuk mendapatkan kerja bagi PPF adalah amat tinggi kerana jumlah graduan yang amat ramai kini.
Jika anak pn merancang untuk sambung belajar ke peringkat degree Farmasi melalui result Diploma Farmasi, beliau akan mengambil masa yang agak panjang iaitu 7 tahun (3 tahun diploma + 4 tahun degree) sebelum bergelar Pegawai Farmasi.
Kursus banking pun sebenarnya baik, cuma perlu dikaji prospek kerjaya dan apakah pengkhususan kerjaya yang akan diperlukan pada 5 atau 10 tahun akan datang.
Jika ada demand (permintaan) terhadap kerjaya tersebut, ia juga satu pilihan yang baik jika anak pn meminati bidang tersebut.
Betul, graduan degree Farmasi akan menjalani satu tahun kursus macam housemanship for medic, cuma ia dipanggil Provisionally Registered Pharmacist (PRP) year.
Kalau dah graduate, kena complete 1 year PRP + 1 year compulsory service dan dapat lesen Farmasi penuh dahulu baru boleh buka kedai Farmasi Retail.
Kalau tak penuhi requirement ni, dikira tak layak nak buka kedai Farmasi sendiri.
Kalau nak cerita pasal PRP ni panjang, boleh tulis satu artikel.
Tapi kalau secara ringkasnya, PRP (Provisionally Registered Pharmacist) ni adalah satu jawatan yang akan digalas oleh graduan bachelor of pharmacy (Bpharm) sebaik saja melapor diri sebagai penjawat awam.
PRP ini ibarat housemanship bagi House Officer (HO). PRP akan dapat log book yang perlu diisi di setiap unit yang terdapat di jabatan Farmasi di hospital.
Tempoh PRP ini adalah selama satu tahun sahaja. Selepas tamat PRP, anda akan naik menjadi Fully Registered Pharmacist (FRP).
Itu saja, mudah kan?
Yup, compulsory untuk menjalani PRP sebelum menjadi FRP.
Kalau tak jadi FRP, tak dapat lesen penuh sebagai Pegawai Farmasi.
Bermakna, tiada peluang untuk membuka kedai retail Farmasi sendiri.
Mohon agar tuan tidak melakukan spamming dengan meletakkan iklan di ruangan komen.
Sila hubungi saya melalui email di mizamio87@yahoo.com jika tuan berminat untuk meletakkan iklan berbayar di Nizam Malek Blog.
Sementara itu, komen tuan terpaksa saya delete.
Harap maklum.
Kerjaya graduan Chemistry dalam bahagian Farmasi cumalah sebahagian kecil sahaja.
Contohnya di kilang-kilang ubat, department Quality Control (QC) biasanya dikendalikan oleh Chemist.
Chemist tidak masuk sepenuhnya dalam bidang Farmasi.Tugas chemist biasanya tertumpu di makmal sahaja.
Kerjaya Farmasi lebih meluas dan lesen Penuh Farmasi yang akan diperoleh membuatkan kursus Farmasi ini sesuatu kursus yang kritikal dan mahal.
Sama ada Farmasi itu susah atau tidak, bergantung pada individu. Saya ada menulis artikel berkenaannya di http://www.nizammalek.com/2012/07/kissinsights-belajar-farmasi-susah.html
All the best untuk apa saja pilihan yang anda lakukan.
1. Kalau nak ke arah pharmaceutical industry (contohnya kerja dgn kilang ubat etc), adakah perlu untuk menjalani kursus PRP?
2. Adakah kursus PRP dijalankan di hospital kerajaan sahaja dan melalui SPA sahaja? Sebab dgr khabar, ramai graduan farmasi IPTA/S menganggur dan tak dapat posting utk menjalani kursus PRP sebab dah penuh.
Terima kasih :)
1. Yup, perlu menjalani kursus PRP sebelum masuk ke bidang Industrial Pharmacy jika anda mahu bekerja sebagai Pegawai Farmasi.
2. Bermula 2012, kursus PRP ini telah dibuka ke kedai-kedai retail Farmasi swasta dan juga kilang-kilang ubat.
Tapi hanya premis-premis tertentu sahaja yang layak untuk mengambil PRP menjalani latihan ditempat mereka.
Betul, ramai graduan Farmasi menganggur atau lambat mendapat posting.
Sebenarnya itu bukan masalah kerjaya Farmasi, tetapi masalah pihak tertentu yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Pada hakikatnya, perkhimatan Farmasi masih amat memerlukan Pegawai Farmasi yang lebih banyak kerana perkhidmatan di hospital sentiasa bertambah.
Kesan buruk study di IPTS tidak diiktiraf adalah kemungkinan besar sijil atau ijazah yang kita terima selepas tamat belajar nanti tidak sah atau tidak diterima untuk bekerja.
Boleh jadi ahli Farmasi berdaftar jika anda menyertai IPTS yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia.
Sy bru hbis dip farmasi,cgpa 3.90. Spm sy tiada bio,physic c+ dan chem b. Sy telah membuat rayuan kepada board of pharmacy malaysia untk smbung dgree sbb sy terlalu minat kos farmasi,pd pndapat en, adakah sy berpeluang untk smbung b.pharm? Ataupun memang tak boleh..
Teruskan mencuba jika permohonan anda ditolak dan dapatkan jawapan, apakah yang anda boleh lakukan untuk sambung pelajaran ke peringkat Bpharm jika permohonan/rayuan anda ditolak.
Selamat maju jaya saya ucapkan!
Dalam bidang Farmasi, anda tidak boleh memilih subjek yang anda suka saja.
Anda perlu mengambil semua subjek yang terdapat dalam kursus diploma atau degree Farmasi.
Jika anda amat meminati subjek Biologi tetapi tidak meminati Fizik dan Matematik, adalah lebih baik anda sambung belajar dalam bidang yang berkaitan dengan Biologi semata-mata.
Namun jika anda hendak mencabar pencapaian peribadi anda, dan memikirkan prospek kerjaya pada masa hadapan, anda perlu berusaha dengan lebih gigih dan pastikan anda dapat menguasai subjek-subjek yang anda tidak minati itu.
Semuanya terpulang kepada anda untuk memilih. Lihat kekuatan anda dan fikirkan sama ada anda mampu atau tidak.
Jika anda yakin pada diri sendiri dan sanggup berkorban untuk berjaya, insyaAllah anda boleh teruskan dengan Diploma Farmasi.
Dan begitulah sebaliknya.
Selamat maju jaya saya ucapkan. =)
mohon pertolongan , terima kasih banyak2 :-)
Jawapan Nizam Malek: Anda cuba apply saja dulu. InsyaAllah kalau ada rezeki anda boleh sambung ke diploma Farmasi. Belum cuba belum tahu. All the best ya.
mohon pertolongan , terima kasih banyak2 :-)
Jawapan Nizam Malek: Dalam pemilihan kursus, anda perlu mempertimbangkan juga faktor prospek kerjaya.
Adakah kursus yang anda pilih itu akan membolehkan anda mendapat kerjaya yang baik atau sebaliknya.
Memang kita cenderung untuk memilih kursus mengikut subjek yang kita minat. Tapi sebenarnya, subjek akademik adalah hanya digunakan di peringkat undergraduate.
Jika anda minat Math dan Fizik, kemudian anda tahu prospek kerjaya yang baik di masa hadapan yang memerlukan 2 subjek utama ini, adalah bagus untuk anda menceburi bidang tersebut.
Pada saya, walaupun minat adalah sangat penting dalam perkembangan kerjaya, anda juga perlu tahu apakah prospek kerjaya bagi kursus yang anda pilih.
Pilih dengan baik, kerana ia akan menentukan kiblat kerjaya anda sepanjang hidup.
Lakukan solat istikharah memohon petunjuk daripada Tuhan dan berbincang dengan keluarga akan memberikan anda keyakinan untuk membuat pilihan yang terbaik.
Saya doakan kejayaan anda. =)
Pada masa kini, kawan-kawan PPF saya memaklumkan adalah agak sukar untuk mendapat kerja sama ada di sektor awam mahupun swasta kerana jumlah graduan diploma Farmasi adalah terlalu ramai dan kekosongan jawatan adalah terhad.
Kalau tanya saya, agak2 mudah atau tidak, saya boleh jawab tidak semudah itu.
Jika anda ada pilihan kursus lain yang menawarkan peluang pekerjaan yang lebih baik, mungkin anda boleh mempertimbangkannya.
Tu lah, dah macam kaunter pertanyaan pulak dah saya. =p
1) Institusi mana yang menawarkan diploma pergigian tu saya kurang arif, sebab bukan bidang saya. Cuba google lembaga pergigian Malaysia. Mungkin boleh dapat jawapan di situ.
2) Saya pun tak pasti prospek kerjaya Civil Eng, jadi saya tak dapat beri pendapat yang baik jika terdapat 2 pilihan ini. Yang saya tahu, degree Farmasi adalah pilihan kerjaya yang baik.
3) Teknologi makmal perubatan ni kerjanya di makmal perubatan sahaja, buat sample testing dan sebagainya. Kalau jenis tak suka kerja jumpa orang, dan selesa kerja dalam makmal dari pagi sampai petang, mungkin sesuai lah.
Jika tanya saya, prospek kerjaya yang baik adalah bidang doktor pergigian. InsyaAllah dalam 5 tahun akan datang pun masih ada peluang kerja dan pendapatan yang baik.
Namun kerjaya ini memerlukan komitmen yang tinggi dan juga minat. Jika tidak berminat, mungkin boleh fokus kepada bidang-bidang yang anda minati.
Semoga jawapan ini membantu anda.
Peluang kerja di sektor swasta masih banyak dan cabang kerja Farmasi ni luas.
Boleh kerja di hospital, retail pharmacy, makmal kajian, enforcement, kilang ubat dan macam-macam lagi..
So boleh kata, peluang kerja masih ada untuk 5-10 tahun akan datang, insyaAllah. =)
Salah satu yang jadi susah sikit adalah disebabkan persaingan. Terlalu ramai orang yang mendaftar untuk masuk kursus Bpharm, jadi mereka terpaksa tapis mengikut pencapaian akademik dan juga sesi interview.
Saya cadangkan anda apply saja dan kalau ada peluang untuk ke sesi interview, tunjukkan yang anda benar-benar berminat untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi ini dan apakah matlamat anda.
InsyaAllah kalau ada kekosongan dan kredit akademik anda ok, mungkin mereka akan pertimbangkan permohonan anda.
Berkenaan sambung belajar di luar negara tu, tiada masalah, cuma kosnya adalah lebih tinggi.
Dan pastikan anda memilih institusi di luar negara yang diiktiraf oleh lembaga Farmasi Malaysia dan juga kerajaan Malaysia.
All the best!
Anda boleh sambung degree dalam apa saja kursus yang anda minati.
Kelayakan itu bergantung kepada institusi tempat anda memohon. Jadi saya tak dapatlah nak jawab soalan itu.
Anda boleh call institusi yang menawarkan kursus yang anda berminat dan cuba tanya apakah syarat-syarat kemasukan.
Semoga berjaya ya!
Anda mempunyai prospek kerjaya yang amat baik dalam bidang Farmasi. Sebaiknya anda tidak mempersiakan.
Kalau nak jadi lecturer, anda masih tetap perlu menjalani tempoh housemanship atau lebih dikenali dengan nama PRP (Provisionally Registered Pharmacist) selama setahun.
Selepas itu, anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat Masters dan PhD untuk membolehkan anda bekerja sebagai lecturer.
Semoga berjaya.
Saya sarankan anda agar fokus terlebih dahulu kepada SPM.
Selepas selesai nanti baru kita bincang apa yang boleh anda lakukan.
Selamat maju jaya, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM anda!
Maaf, saya tak kerja di Lembaga Farmasi. Sila hubungi Lembaga Farmasi untuk dapatkan informasi yang lebih tepat ya.
Terima kasih.
Sebenarnya tiada masalah jika tiada biologi. Cuma persaingan untuk mendapat tempat menjadi lebih sengit.
Yang penting minat dan usaha. Ikut dan penuhi segala requirement yang diperlukan untuk sambung pelajaran dalam bidang Farmasi.
Berkenaan mudah nak dapat kerja, insyaAllah kedua-dua proffesion ini memberi peluang yang baik.
Sila hubungi saya jika berminat untuk meletakkan iklan di blog ini.
Harap maklum.
Terima kasih.
Kerjaya Dentist adalah lebih baik kerana beberapa faktor, antaranya adalah kerana jumlah Dentist di Malaysia adalah belum mencukupi.
Jadi kecenderungan untuk mendapat pekerjaan adalah tinggi untuk graduan Dentistry.
Buat masa ini, PRP dan FRP masih lagi mendapat elaun kritikal.
Secara umumnya, memang boleh.
Secara spesifiknya, anda perlu tanya kolej yang menawarkan kursus degree dalam bidang yang anda hendak ceburi, sama ada mereka boleh menerima anda atau tidak.
Kalau tak silap, boleh.
Papepun kena berhubung lanjut dengan pegawai admission untuk kemasukan ke kursus Farmasi di kolej yang anda pilih, ya. =)
Gaji ikut gred.
Kalau belajar dari diploma, boleh sambung sampai ke Ijazah Sarjana Muda, bergantung pada pencapaian pointer anda ya.
Kalau ada masa belajar seni nya k, it will help you a lot in future.
Dari ijazah lanjut ke peringkat degree? Cam ne tu?
Tempoh belajar untuk degree Farmasi adalah selama 4 tahun.
Kos pendidikan yuran di IPTS masa tahun 2007 adalah RM104k.
Sekarang mungkin lebih mahal.
Kalau ada masa nanti saya tulis artikel pasal seni bertanya soalan ni.
All the best untuk SPM. Semoga berjaya dalam perjalanan hidup anda.
Waalaikummussalam. =)
Apa pendapat en. Nizam. Teruskan bekerja atau cuba ambil risiko ?
Seeloknya anda pastikan dahulu status sambung belajar anda.
Kalau terpaksa resign, sebenarnya anda agak berisiko.
Kalau kena tunggu cukup perkhidmatan dulu baru boleh sambung belajar, lebih baik tunggu dahulu.
Saya Graduan Kimia, Major in Oleochemistry. Saya minat betul dengan dunia farmasi since sy pernah kerja sambilan di retail farmasi selama 1 tahun. Bolehkah sy ambil 2nd degree in pharmacy, berapa lama pengajian dan macam mana prosedurnya? Atau sy boleh terus pursue my Masters in Pharmacy? TQ.
Anda boleh ambil 2nd degree Farmasi.
Ada kawan saya pun buat 2nd degree Farmasi, dan kini berkhidmat sebagai Pegawai Farmasi.
Cuma anda perlu mula dari awal, tiada short cut.
Bermaksud, anda perlu ambil Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Bpharm) selama 4 tahun.
Anda tidak boleh terus pursue study Masters in Pharmacy.
Boleh kalau anda ada sokongan kewangan sendiri dan diterima masuk oleh universiti di luar negara.
Cuma pastikan anda memilih universiti atau institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Lepas dah habis belajar jd pembantu pharmacy dekat SPA , boleh tak sambung degree terus? And selalunya degree dekat U(IPTA) mana?
Boleh nak sambung belajar kalau CGPA bagus.
Degree di IPTA UiTM pun boleh.
Kalau IPTS, CUCMS pun boleh.
Untuk keterangan lanjut, kena hubungi dan tanya Fakulti Farmasi institusi yang berkaitan.
Apa pendapat abang nizam tentang veterinar pharmacist? Kat malaysia tak well-known sangat kan? Lecturer saya cakap it is a good course and career cuma kat malaysia tak demand job ni..
Terima kasih ^^
Susah hendak menjangkakan apa yang bakal terjadi pada 4-5 tahun mendatang.
Tapi pada pendapat saya, semua karier termasuk Farmasi juga akan menghadapi masalah yang sama iaitu kebanjiran jumlah Pharmacist pada satu hari nanti.
Pihak universiti masih membuka course Pharmacy kerana universiti adalah institusi akademik yang melahirkan graduan, dan bukannya satu badan yang memberikan peluang pekerjaan kepada para graduannya.
Jadi ia menjadi tanggungjawab kita untuk mengkaji prospek atau peluang kerjaya pada masa hadapan bagi setiap kursus yang ingin disertai.
Selain itu, jika tiada peluang pekerjaan di Malaysia, Pharmacist boleh mencari peluang pekerjaan di luar negara kerana kerjaya sebagai Pegawai Farmasi adalah berstatus professional dan diterima dihampir semua negara, sama seperti doktor.
Berkenaan dengan Veterinar Pharmacist, memang ia kurang popular di Malaysia, tetapi sebenarnya ia mempunyai prospek kerjaya yang amat besar, umumnya kerana terdapat ramai orang yang mencintai haiwan dan mereka sanggup melakukan apa saja untuk memastikan haiwan dibela dan dijaga dengan sebaik mungkin.
Cuma mungkin di Malaysia, kerjaya sebagai Veterinar Pharmacist ini masih belum meluas dan belum diiktiraf setaraf dengan kerjaya seperti doktor dan Pegawai Farmasi.
Berbalik kepada perkara yang asas, sila lakukan kajian terlebih dahulu berkenaan prospek kerjaya sesuatu kursus yang ingin diambil.
Semoga berjaya!
Saya kurang pasti berkenaan dip pergigian, tapi yang pasti, ia adalah jurusan yang berbeza daripada Farmasi.
Berkenaan kelayakan, perlu hubungi lanjut dengan fakulti yang berkaitan, kerana infonya akan sentiasa diupdate dari semasa ke semasa.
MSU ok. Kalau anda dapat pastikan yang sesuatu kolej atau universiti swasta itu diiktiraf, bermakna ianya ok.
Kalau tidak, mungkin ada sedikit risiko untuk sambung belajar di situ.
Jika diberi tiga pilihan iaitu Farmasi, Dentistry dan Fisioterapi, pada pandangan saya, secara asasnya Dentistry mempunyai prospek kerjaya yang paling baik.
Kedua adalah Farmasi dan ketiga baru Fisioterapi.
Walaubagaimanapun, pemilihan kerjaya ini bergantung kepada minat individu juga.
Anda perlu tahu apakah kekuatan dan kelemahan anda, supaya anda dapat memilih satu kursus yang paling sesuai dengan diri anda.
Peluang pekerjaan selepas selesai buat Masters in Pharmacy adalah dalam bidang akademik.
Boleh apply jadi lecturer di kolej atau universiti.
Jadi cikgu? Tak sure plak, rasanya tiada.
Saya sarankan anda mohon dan buat saja rayuan.
Jika ada rezeki, insyaAllah anda akan ada peluang.
Syarat minimum dari peringkat SPM diambil kira untuk memastikan pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang terbaik dapat dipilih.
Sudah pasti syarat ini diperkenalkan untuk membantu proses menapis para pelajar yang terlalu ramai mahu memasuki sesuatu fakulti.
Pelajar yang mempunyai pencapaian yang lebih baik dalam bidang akademik akan mendapat peluang yang lebih cerah.
Dari sudut keilmuan, sudah pasti ia menjejaskan peluang mereka yang sangat berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang diminatinya tersebut.
Oleh sebab itu, adalah amat penting merancang masa hadapan dari awal (sebelum SPM) agar kita dapat membina peluang ke arah minat kita.
Walaubagaimanapun, setiap sesuatu ada hikmahnya.
Jika tidak berjaya mendapat tempat, boleh cuba lagi dan mungkin rezeki dan peluang anda berada dalam bidang yang lain.
Saya cadangkan agar perbanyakkan solat istikharah dan solat hajat.
Semoga urusan anda dipermudahkan dan anda mendapat apa yang anda hajati.
Amin.
Cuba buat permohonan dan rayuan.
Jika ada rezeki anda, pasti anda akan dapat sambung belajar dalam bidang Farmasi.
All the best.
Namun, jika permohonan dan rayuan tidak diterima, jangan berputus asa.
Masih banyak bidang lain yang boleh anda ceburi seperti bidang perniagaan dan sebagainya.
Lebih baik Matrix. Tapi kena usaha lebih keras.
Farmasi adalah satu kerjaya professional.
Bukan bermakna kalau tiada kerja di sektor awam, maka tiada lagi peluang pekerjaan.
Masih terdapat banyak peluang pekerjaan bagi Pharmacist di bidang komuniti Farmasi, industri dan akademik.
Seeloknya, jangan fikir untuk kerja dalam bidang sektor awam kalau mahu sambung belajar dalam bidang Farmasi.
Jika anda mempunyai minat dalam bidang optometri dan prospek kerjayanya bagus, boleh teruskan.
Pada pandangan saya, peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat Diploma Farmasi adalah kurang memberangsangkan.
Di antara MSU dan UniKL, saya lebih familiar dengan MSU.
Mungkin anda perlu menghubungi MSU untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan kursus Farmasi di sana.
result bru2 ni, dpt 5A saja.
kimia- c+
bio- B
Fiz- B.
bi- B+
Sya minat diploma farmasi. tpi, ada peluang ka saya dpt diploma farmasi ?
kalau x dpt, diploma sains bleh jdi frmasi jugk ka ?
mna satu lebik baik ? diploma atau asasi ?
mohon pandangn . :)
Tahniah atas keputusan SPM yang baik.
Untuk soalan anda, anda tidak boleh jadi Ahli Farmasi jika ambil diploma Farmasi.
Dengan result SPM anda, anda ada peluang untuk sambung Diploma Farmasi.
Jika tak dapat di IPTA, mungkin boleh dapat di IPTS.
Diploma atau Asasi? Saya prefer Asasi. Diploma ini lebih sesuai kepada subjek-subjek atau kursus-kursus yang lebih teknikal.
Semoga jawapan ini membantu anda.
Waalaikummussalam. Untuk cara mengisi borang UPU, sila hubungi terus ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Boleh cuba rujuk laman web ini: http://www.upu.my/
Anonymous 2:
Salam, pada pandangan saya, jika anda tiada pilihan lain yang lebih baik, boleh lah terima tawaran tersebut.
Anonymous 3:
Waalaikummussalam. Saya kurang pasti berkenaan kursus dental technology. Mungkin anda boleh google dan cari maklumat kolej yang menawarkan kursus tersebut. Kemudian dapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan anda ya.
soalan sy ,sy berminat untuk mnymbung ke bdg perubatan.sama ada dentist,farmasi ..tp keputusan spm sy baru2 ni tidak melayakkan sy untuk mngmbil course itu..sy runsing.adakah masih ada peluang untuk sy menyambung pelajaran k bidang itu?
saya bercadang untuk menyambung ke matriks terlbih dahulu.strugggle dan tebus blik result spm sy ni..tp mnjdi persoalan sy ..adakah ipta/ipts di mlaysia ini masih melihat kelayakan bdasarkan result spm kte jugak wpon cgpa matriks kite cemerlang? atau mereka memilih hanya berdasarkan cgpa matrks kita shje ?
sy kalau boleh nak tebus kembali result spm saya yang kurang memberangsangkn ini di matriks.insya Allah . :)
Anda layak untuk ambil ke tiga-tiga modul.
Bergantung pada minat dan perancangan kerjaya, anda perlu tahu apakah subjek apakah yang diperlukan untuk menyambung pelajaran dalam kursus yang anda mahu ketika di kolej atau universiti kelak.
Jika anda meminati bidang perubatan, farmasi dan pergigian, modul 1 adalah pilihan yang sesuai.
Dan begitu sebaliknya.
All the best! =)
Anda tidak boleh mengambil bidang Farmasi, kerana anda tidak mempunyai asas subjek yang diperlukan ketika di peringkat SPM.
Apa yang anda boleh lakukan mungkin adalah dengan melanjutkan pelajaran di peringkat STPM dengan membuat permohonan masuk ke aliran sains.
Dapatkan keputusan yang terbaik dan bina peluang untuk ke bidang Farmasi.
Peluang untuk ke IPTA sebenarnya agak tipis bukan kerana kelayakan, tapi kerana faktor persaingan.
Terlalu ramai pelajar yang mendapat keputusan yang baik dan menyebabkan ada golongan pelajar yang layak tidak dapat masuk ke kursus-kursus kritikal.
Jika tidak terpilih, pilihan lain adalah dengan menyambung pelajaran di IPTS atau cuba mendapatkan biasiswa bagi menyambung pelajaran di luar negara seperti di Indonesia.
Selamat maju jaya.
Segi College adalah diiktiraf oleh Lembaga Farmasi.
Sila rujuk link ini untuk senarai IPTS yang diiktiraf:
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-universiti-tempatan-dibenarkan-menawarkan-kursus-farmasi.html
Terima kasih kerana membaca blog saya. Semoga info di sini bermanfaat.
Anda boleh sambung pelajaran di Matrikulasi, dapatkan keputusan yang terbaik dan memohon untuk sambung belajar dalam bidang Farmasi.
Saya juga merupakan lepasan Matrikulasi yang menyambung pelajaran dalam bidang Farmasi di IPTS.
IPTA/IPTS menilai pelajar dari pelbagai aspek.
Selain keputusan SPM, matrikulasi dan pencapaian kokurikulum, pelajar juga akan diinterview sebelum diterima masuk ke dalam fakulti yang berkaitan.
Oleh itu, apa yang anda boleh lakukan adalah belajar bersungguh-sungguh di Matrikulasi dan pastikan anda mempersiapkan diri anda dengn kemahiran modal insan dan komunikasi yang baik.
Pastikan anda mempunyai added value untuk diterima sebagai pelajar IPTA/IPTS tersebut.
Jika pencapaian akademik tiada masalah dan anda mempunyai kemahiran modal insan dan komunikasi yang baik, insyaAllah peluang anda untuk sambung belajar dalam bidang yang anda minati adalah lebih cerah.
Semoga berjaya! =)
saya mengambil diploma farmasi kemudian pointer saya tidak mencukupi syarat kelayakan utk sambung degree in pharmacy. Menurut pandangan encik nizam, bidang mana yang mempunyai peluang kerja yang luas bagi saya memilih utk sambung ke peringkat degree?
satu lagi, boleh encik nizam terangkan prospek kerjaya bachelor in medical sciences? dari segi gaji, tempat bekerja, dan peluang bekerja. sama macam nurse jugak ke?
terima kasih :)
Wasalam, sudah pasti lah degree Farmasi. =)
Wasalam,baik hati ke? =D
Hmm, berkenaan dengan kursus lain, saya pun kurang updated buat masa ini selain bidang Farmasi dan Pergigian.
Mungkin anda boleh sertai expo-expo pameran kerjaya yang diadakan setiap tahun dan dapatkan info terkini berkenaan peluang kerjaya yang ada.
Semoga berjaya!